Sunday, October 28, 2012
Noh dan Rosnah ludah ke muka Najib, seleweng fakta tuduh PKNS jual aset
28 Okt - Noh Omar yang melobi kuat untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor mengesahkan ketidak mampuan beliau untuk mentadbir dan mengurus negeri paling maju di dalam negara. Salakan Noh ini turut dikokok bersama oleh Ketua Puteri UMNO, Rosnah Shirlin. Kedua-duanya berusaha keras untuk meraih publisiti murahan menjelang PRU-13.
Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin. Penyakit ini turut dikongsi bersama oleh Rosnah yang mengandaikan kononnya PKNS mengalami kesulitan kewangan.
PKNS telah mencatat keuntungan tertinggi tahun lepas iaitu sejumlah RM420 juta. Nyata sekali, Noh, Rosnah dan para pemimpin UMNO sengaja ingin menidakkan kemampuan agensi profesional sebegini yang berfungsi untuk meningkatkan tahap kemampuan ekonomi bumiputera. Lebih 95% daripada tenaga kerja di dalam PKNS adalah orang Melayu.
Manakala, lebih 90% perumahan yang dibangunkan adalah unit kos rendah dan sederhana untuk nikmat orang Melayu sendiri. Ini ditambah dengan fakta bahawa lebih 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah dari kalangan orang Melayu.
Bukan seperti projek-projek Ali Baba oleh pemimpin-pemimpin UMNO, PKNS adalah sebuah institusi yang terus menerus mengangkat darjat dan martabat orang Melayu keseluruhannya dan bukan dua tiga kerat elit Melayu.
Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh dan Rosnah adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).
Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' Noh dan Rosnah dalam hal-hal ekonomi dan bisnes.
Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS.
Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki. Aset-aset ini kekal milik PKNS cuma akan diuruskan dengan lebih baik untuk menjana pendapatan yang berterusan untuk PKNS.
Fakta yang turut disembunyikan adalah bahawa keputusan ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah PKNS yang turut diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.
Tindakan Noh dan Rosnah ini seakan-akan mencabar keputusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri yang dikepalai oleh Presiden UMNO sendiri, Najib Razak. Noh dan Rosnah seolah-olah meludah ke muka Najib.
Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana kelemahan beliau dalam urusan pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Begitu juga Rosnah, jawatan Timbalan Menteri yang disandang beliau harus diberikan kepada mereka yang lebih layak.
Pemimpin-pemimpin UMNO sebeginilah yang terus menerus menjadi bahan lawak dan ditertawakan oleh komuniti bisnes dan para peniaga diatas kedangkalan mereka untuk berpolitik tanpa had.
- KL Daily - www.kldailyblog.wordpress.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.