Tuesday, October 16, 2012

Najib dan Pemimpin UMNO kian Meracau!

 
Ramai rakan2 saya bertanyakan- apa hal dengan bekas bos kamu? menjerit dan terpekik terlolong sana sini? saya cakap biasalah- tanda2 orang yang sudah sasau dan meracau. Pemimpin UMNO tersangat cemas- PRU kali ini kemungkinan besar semboyan sangkakala ditiupkan oleh rakyat untuk mereka. Dunia akan kiamat untuk UMNO. 

Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO. Tiupan pertama pada PRU-13 ini  akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. habis PRU- UMNO di hidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan2 ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana sini? 

Saya baru balik dari menyertai program ceramah PAS selama 2 hari di Johor. Sukacita saya menyatakan- UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasa nya tidak ada isiu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO. 
 
Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir diatas tangga istana Johor. UMNO parti untuk orang bansgawan Melayu. Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO. 

Tapi kali ini, rakyat Johor sudah bangkit sedar. Rupa2 nya, malapetaka yang menimpa orang Melayu di tempat lain tidak mengecualikan orang Melayu Johor. Barulah orang Johor sedar mereka pun vulnerable. Tamak dan haloba UMNO tidak ada sempadan. 

Tanah rakyat terutama milik orang Melayu diambil kerajaan UMNO di Kerpan. Orang Melayu tempat lain kata tak apa- sebab itu hal orang Kedah. Rahim Tamby Chik ambil tanah milik orang Melayu di Teluk Mas Melaka dengan harga 30sen sekaki persegi, orang kata taka pa- ianya tidak berlaku ditempat kita. 
 
Nah sekarang, kerajaan UMNO yang tamak haloba- ambil alih tanah rakyat di Pengerang. Barulah rakyat Johor sedar bahawa, tidak ada batasan kepada tamak dan haloba pemimpin UMNO. Ribuan ekar tanah rakyat disamun oleh kerajaan Ghani Osman. 

Para pemimpin UMNO semakin hari hilang pedoman. Cakap besar sana sini. Semua janji sudah ditepati. Habis, mengapa tak buat PRU semalam? Nampak nya, selagi PRU tidak diadakan, kita akan dihidangkan dengan cakap besar dan omongan kosong. Kita akan di perdengarkan ugutan, cerita seram dan sebagainya. 

Ibrahim Ali buat komen- Pakatan tidak ada kaedah nyata perkongsian kuasa. Yang dia sibuk mengenai struktur perkongsian kuasa Pakatan apahal? Saya tidak fikir PAS, PKR atau DAP mahu terima orang macam Ibrahim Ali.

Adakah kita sedar semasa Nizar jadi MB Perak selama 11 bulan, dia dan exco nya meluluskan 8750 ekar tanah kepada rakyat yang telah menanti puluhan tahun untuk mendapatkan tanah dari kerajaan UMNO? Dari 8750 ekar, 7500 ekar untuk orang Melayu dan 1250 ekar untuk orang Cina.

Ada kita tengok Nizar seorang MB Melayu dikuasai oleh exco DAP yang lebih ramai di Perak? Nizar luluskan 102,000 lot perumahan seluas 3200kps setiap satu untuk orang Melayu dan hanya 47,000 lot untuk orang Cina setiap satu seluas 1125kps? 
 
Orang Cina dapat tenure 999 tahun, orang Melayu dapat yang seruapa. UMNO beri freehold bukan lebih dari 999 tahun? Binawe punya pemimpin UMNO.

Bilik air Najib dan Rosmah lagi besar keluasan nya lot rumah orang Melayu dan Cina. Garaj kereta Tengku Jadian Adnan Mansor lagi besar dari lot rumah orang Melayu atau Cina.

Bukankah UMNO membeloti perjuangan orang Melayu? Bukankah UMNO dibina atas protes terhadap Malayan Union yang mahu memberi kerakyatan kepada warga asing? Hari ini, UMNOlah yang menjual kerakyatan negara ini dan memberi kewarganegaraan kepada rakyat Pakistan, Bangladesh, Burma, Nepal dan Indonesia. Bererti , UMNO belot dari agenda mebela bangsa, agama dan negara!

Setiap hari kerja pemimpin UMNO ialah menipu rakyat. Saban hari, UMNO tabur dakyah dan fitnah melalui media yang UMNO kuasai. Kanak2 Melayu didedahkan kepada budaya mendedahkan keaiban orang sebagai suatu perkara yang biasa. Anak Melayu dibesarkan dengan nilai2 buruk.

Orang Melayu diajar menerima dan memaafkan rasuah dan cara mendapat kaya yang salah kerana yang jadi kaya itu orang Melayu. Takpe lah- dia kaya, dia Melayu. Takpelah dia buat demikian, sebab dia Melayu. 
 
Kalau orang Melayu mempunyai piawai atau standard yang rendah begini, akan tiba suatu hari pemimpin dan lanun UMNO masuk rumah kita meniduri anak perempuan atau isteri kita, kita akan kata- tidak mengapa – dia Melayu dan UMNO pulak tu!. Ini yang UMNO hendak orang Melayu fikir dan terima.

Marilah orang Melayu memerdekakan diri dari dibelengui oleh dakyah UMNO. Masa depan kita, rezeki kita, bukan UMNO yang tentukan. Najib belum lagi dapat 2/3 kerusi parlimen dia enggan, engkar dan angkuh mahu mempertahankan bajet rompak negara 2013. 
 
Enggan, engkar dan angkuh adalah sifat2 dan laku perangai Iblis yang enggan, engkar dan angkuh tunduk kepada Adam yang dijadikan dari tanah liat yang di bentuk.

Sukalah kita mengingatkan pembaca budiman- Kita tidaklah sebebal Ibrahim Ali. Yang dia nak sibuk pasal perkongsian kuasa antara PR apahal? Pemimpin Melayu tetap menguasai kepimpinan negara dibawah PR. Contoh kepada Dato Sri Nizar membuktikan bahawa kita tidak kompromi dengan kepentingan orang Melayu.

Dan kita ada mesej kepada orang macam Ibrahim Ali. Standard yang terburuk dalam kelompok PR bila2 masa lagi baik dari standard Ibrahim Ali. perkongsian kuasa dalam PR dibina diaats komitmen kebenaran dan keadilan dan komitment menentang rasuah dan korapsi UMNO.  
 
Perkongsian kuasa BN lah yang perlu dirungsingi oleh warga BN. ianya diasaskan diatas dominasi  gangsters UMNO dan hegemony UMNO. MCA di UMNOkan, MIC diUMNOkan.

Mengapa sibuk dengan cabinet bayangan?. We don’t answer to UMNO. We don’t answer to Najib. We answer to the people who are going to vote for us.  
 
Kita menyediakan yang terbaik untuk rakyat yang UMNO setelah 55 tahun memerintah, tidak mampu lakukan. Jeritlah sana sini sehingga muka kamu biru dan urat leher timbul, rakyat sudah berazam dan tekad untuk melihat UMNO melakukan Perhimpunan Agung mereka di perkarangan Sungai Buloh.

Kita pun tahu cabinet bayangan Najib. PM= Muhyidin, TPM= Zamry Kadir.atau PM = Najib. TPM= Raja NIng Chik. Siapa peduli?

Yang rakyat akan tahu, bila PR menang, sudah tentu ada cabinet. Buat waktu ini, kita focus untuk mengeluarkan UMNO dan BN. Rosak dan musnah negara kita jika terus diurus oleh barisan lanun dan perompak.

Baiklah Ibrahim Ali menyibukkan diri menentukan dapat jadi calun UMNO atau tidak. Jika orang macam Ibrahim Ali dijadikan calun oleh UMNO, maka demikianlah standard UMNO bawah Najib. 
 
Dari teruk semakin teruk dan parah!. Sanggupkah orang Melayu dan rakyat Malaysia bergantung harap dengan parti dan pemimpin seperti ini?

Palanivel kata dia akan deliver undid an sokongan India kepada BN. he is an Uncle Tom Indian kepada UMNO. sama sama kita lihat nanti. 
 
Kita lihat dia boleh menang atau tidak di Cameron Highlands. Malu orang Melayu kalau terus menyokong Palanivel di Cameron Highlands.
 

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.