Monday, October 1, 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (13)

(Misteri Sultan Azlan Shah semakin terungkai berikutan kehadiran Tengku Amran dalam perjumpaan bloggers di Wadi Hussein, Janda Baik.  Berikut adalah petikan dari blog Uncleseekers 111.)

Oleh: Uncleseekers 111

Kami meminta maaf kerana tidak mengemaskini laman ini sejak beberapa hari lepas. Ini berlaku kerana kesibukan menganjurkan pertemuan diantara para bloggers untuk bersama-sama bersatu untuk memperkatakan yang hak.

Pertemuan ini juga menemukan beberapa watak-watak penting dalam siri ini dimana buat pertama kalinya, Tengku Amran di pertemukan secara terbuka.

Selain Tengku Amran, seorang lagi waris Kesultanan Perak juga turut serta untuk bersama-sama merungkai persoalan dan keraguan yang mungkin timbul. 

Beliau adalah YAM Raja Sharuzzaman Idris Shah, anak kepada Almarhum Sultan Idris Shah.

Bukan setakat dokumen-dokumen yang perlu diteliti, malah dalam majlis ini juga, Tengku Amran telah menunjukkan keris “Taming Sari” yang dikatakan milik mereka yang benar-benar waris kesultanan Perak.

Duduk dari kiri. Raja Shahruzzaman. S.H. AlAttas dan Tengku Amran. S.H AlAttas sedang mencabut keris Taming Sari.

Keris Taming Sari yang didakwa oleh Tengku Amran.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/10/01/misteri-sultan-azlan-shah-13/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.