Sunday, October 21, 2012

MALAM INI ! Jemputan ke forum terbuka, “Bagaimana PR akan membelanjakan wang rakyat?”

KUALA LUMPUR 21 OKTOBER: Mendepani krisis urus tadbir ekonomi negara oleh BN, orang ramai dijemput hadir untuk mendengar penjelasan lanjut Pakatan Rakyat dalam forum “Bagaimana PR akan membelanjakan wang rakyat?” yang akan diadakan pada 22 Oktober 2012 hari Isnin bermula jam 8 malam ini bertempat di Tingkat 1, Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (KLCAH).

Forum yang dianjurkan oleh portal maklumat dan berita Roketkini.com bakal menampilkan beberapa panelis yang pakar dan berpengalaman dalam bidang perekonomian iaitu:-
 
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud dipengerusikan oleh Penganalisis politik DAP Dr. Ong Kian Meng.
Menurut penganjur program merangkap Koordinator Roketkini.com Mazir Ibarahim, forum ini bertujuan untuk memberi gambaran jelas terhadap mekanisme pengurusan ekonomi negara yang lebih konstruktif sepertimana dibentangkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang mendapat perhatian serius pelbagai pihak.

“Apabila belanjawan PR diulas oleh kalangan Ahli Parlimen BN sendiri, ia menunjukkan wujud satu alternatif yang lain lebih baik. Seolah-olah belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak tercabar,

“Ini adalah respon yang positif. Sebab itu penganjuran forum kali ini akan memberi lebih tumpuan, penjelasan dan gambaran sebenar kepada rakyat sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.” ujar beliau.

Justeru tambahnya, Roketkini.com sekali lagi mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengahadiri majlis ini. Forum turut akan disertai dengan jualan buku-buku dan majalah politik istimewa terbitan Genta Media Sdn. Bhd.
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.