Wednesday, October 31, 2012

KISAH HIDUP SEORANG KERABAT DIRAJA ( PART 6 )

KESAH BENAR
 

Di Pejabat:

Esok paginya,  aku kepejabat untuk menjalankan tugas seperti kakitangan yang lain.   Aku tidak menyangka Presiden Mahkamah ketika itu Encik Azmi Kamaruddin telah mencari aku.   Waktu itu,  aku sedang minum dikantin,  seorang budak pejabat telah disuruh memanggil aku kerana Tuan Presiden mahu berjumpa aku.  Aku masuk dengan membuka pintu biliknya cara cermat.    

Selamat pagi Tuan !   Sila duduk kata Tuan President.   Aku duduk,  budak pejabat dipanggil untuk membawa dua cawan minuman.   Sambil minum,  Tuan President bersuara,   Encik Azman, sekarang Encik balik kerumah buat persiapan,  kemaskan semua pakaian,  hari ini Encik harus berangkat ke Kuala Lumpur atas arahan Ketua Pendaftar.
 

Ini waran tiket uyntuk dua orang bersekali dengan wang perbelanjaan.  Esok Encik boleh lapur diri di Mahkhamah Tinggi,  Kuala Lumpur.

Mendengar pertukaran ini isteri aku cukup gembira dan hilang lah segala kerunsingan yang selama ini menggangu fikirannya.   Dia bersyukur sambil menangis  didepan ibu saudaraku yang kami tumpang selamat satu hari itu.   


Sebelah malam aku bersama isteri menaiki kereta api jam 10 malam dan tiba di Kuala Lumpur tepat jam 7.00 pagi ke esokan harinya.

Kami suami isteri pulang kerumah ibu angkat kami iaitu rumah yang mula mula aku sewa.   Kemudian jam 9.00 pagi itu juga aku ke Mahkhamah Tinggi untuk melapur diri.   Menurut pegawai perjawatan,  aku dikehendaki berjumpa dengan Ketua Pendaftar jam 10.00 pagi.


ARAHAN BERTUKAR KE TRENGGANU:

 Jam lebih kurang 10 pagi,  aku dipanggil oleh seorang budak pejabat untuk bertemu dengan Setiausaha yang ketika itu aku sudah bersedia untuk masuk ke bilik Ketua Pendaftaran ( Ku Chik ) ketika berada dikamarnya aku banyak disoal siasat tentang peristiwa yang berlaku antara aku dan kakak.

 

Katanya aku dan kakak seperti anjing dengan kucing,  tak boleh duduk serumah.   Semua perancangan sudah diatur oleh Ku Chik (Ketua Pendaftar)  Aku disuruh tunggu tamu buat seketika.

Diruang tamu aku terasa cukup mengantuk kerana dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur,  aku tidak dapat tidur.   Mataku terlelap hampir-hampir mahu terus tertidur.   Pegawai Perjawatan telah memanggil namaku ketika itu,  aku diserah sampul surat warna putih dan meminta aku membacanya..  

Apabila aku membuka sampul surat dan mendapati dimuka atas surat itu berbunyi:   ARAHAN BERTUKAR KE MAHKHAMAH SEKSYEN KUALA TRENGGANU dan dibawahnya mengambil warren tiket untuk dua orang dengan menaiki bas express Kuala Lumpur - Kuala Trengganu disamping mengambil wang perbelanjaan untuk makan minum dan hotel.

 

Setelah hampir setahun di Kuala Trengganu,  fikiran aku tak pernah aman.   Isteriku buat kecoh sampai dia membenci aku.   Tidur tak mahu bersama dan makan minum  juga tidak dipedulikan.   Dia terus mendesak   supaya aku menceraikannya,   dia sering membangkit tentang kezaliman keluarga aku memandang darjat serta kedudukan.   

Semenjak itu aku mula menyepikan diri aku dan aku mula terasa dan benci pada keluarga dan kerja yang aku perolehi dari Ku Chik ( Ketua Pendaftar ).


BERHENTI KERJA:


Disember 1964,  aku menghantar surat notis berhenti kerja ke Ibu Pejabat di Kuala Lumpur,  melalui Presiden Mahkhamah Seksyen Kuala Trengganu,   sebelum aku berhenti dari jawatan aku telah menghantar isteriku pulang ke kampungnya di Banting.   Disana dia telah menuntuk cerai carah pasah.   Aku menunaikan apa yang diminta.   


Selepas bercerai aku menerima surat jawapan dari Ketua Pendaftar dengan menolak notis yang aku buat.   Tapi fikiran aku semakin hari semakin runsing kerana ketiadaan isteri yang aku sayang.   

Kali ini aku menghantar notis terakhir dengan memberi notis 24 jam tanpa gaji.   Aku kembali ke Kuala Lumpur dan pulang kerumah asal dan tinggal semula bersama ibu angkat di Salayang.


Bersambung.........



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.