Saturday, October 27, 2012

KISAH HIDUP SEORANG KERABAT DIRAJA ( PART 4 )

KESAH BENAR



Pengaduan


Aku membawa masuk Raja itu kekamarnya selepas mnukar pakaian dan selesai diberi makan,  tanpa membuang masa aku terus pergi kepejabat pentadbiran menceritakan apa yang berlaku.   

Tuhan menyebelahi pihak yang benar,   setelah pegawai berkenaan mendengar penjelasan dari aku,  pihak berkuasa Hospital segera memanggil kedua dua attendan tersebut dan mereka segera diambil tindakan tatatertib,   kerana tingkahlaku mereka berdua aku telah meminta sebuah katil diletakkan dikamar beradu Raja tersebut bagi membolehkan aku tidur dan menjaga keselamatannya.

Tiga hari berada dihospital,  baru aku pulang kerumah.   Bonda bertanya kemana aku pergi dan menghilang selama tiga hari,  kerana kesalahan yang amat kecil itu.   Bonda dan semua ahli keluarga didalam rumah marah serta memandang serong pada aku.

Semenjak itu mereka membenci dan terus membenci aku.  Aku sekadar mampu berdiam diri disamping mampu mengesat airmata yang sering mengalir kerana tidak dapat lagi mengawal kehadiran penghinaan dari keturunan kaya serta berkedudukan tinggi dan setiap apa yang berlaku pada diriku juga dengan keadaan buruk yang menimpa anak raja yang sedang sakit itu,  namun aku simpan dengan seribu kerahsiaan.

Sejak kejadian itu aku tidak lagi merasai senang hati dan setiap petang aku sering saja keluar hingga larut malam baru aku pulang,  kerana mahu melepaskan rasa bosan setelah seharian berpenat dirumah,  ada ketika siadik Raja yang sedang sakit datang dan menginap dirumah bonda.


BASIKAL HILANG:   


Suatu malam,  basikal yang aku letakkan dikaki lima tidak jauh dari Balai Polis telah hilang dan mungkin akibat tersalah letak atau disebaliknya.   Aku melapurkan kehilangan basikal aku di Balai Polis,   setelah itu seorang Sarjan menyertai aku untuk mencari basikal itutapi sayangnya tiada terjumpa ditempat yang aku letak.   Kemudian aku diajak semula oleh Sarjan ke Balai Polis.   Apabila aku sampai di Balai Polis dan aku dapati basikal itu sudah ada diatas Land Rover Polis,  lalu aku disuruh naik Land Rover tujuan mahu dihantar pulang.

Dalam perjalanan pulang,  aku disoal banyak oleh Sarjan.  Siapa keluargaku dan sebagainya,  Sarjan tidak bertanya dekat mana rumah aku, yang aku hairan bagaimana pemandu Land Rover Polis itu tiba-tiba saja memberhentikan kenderaannya betul betul didepan pagar rumah tanpa mematikan enjin.,  setelah tiba tepat jam 1 pagi dan setelah basikal sudah diturunkan,  aku mengetuk tingkap dibahagian belakang memanggil pembantu rumah menyuruh dia membuka pintu.

Aku cuba menolak pintu depan dengan cermat dan pelahan,  rupanya pintu sudah tidak berkunci,  aku masuk dan tiba tiba saja penampar singgah kemuka aku dengan kuat sekali.  Aku rebah dan aku lihat adik pada Raja yang tidak siuman itu sedang menunggu kepulangan aku.   Aku merasa sedih kerana kerabat yang aku anggap abang sanggup menuduh aku menyertai kumpulan samseng.

Aku dikatakan degil tidak mahu mendengar nasihat orang tua.   Sejak itu,  aku selalu meminggirkan diri sambil mengenang nasib sampai bila mahu jagi begini.   Mereka semua sudah tentu lah memandang rendah dan sering menghina aku kononnya aku ini anak pungut tepi jalan,  kerana itu mereka sanggup berbuat apa saja terhadap diri aku,  dan sampai sebiji pinggan yang meninggalkan sisa makanan pun disuruh aku mencucinya.   Apa saja yang aku buat serba tak kena,  demikianlah yang aku ratapi dimasa kanak kanak setelah ketiadaan ibu bapa.

Begitu pun aku tetap bersabar dan apa yang aku mampu melakukan  ketika itu hanya lah menangis.   Perut yang lapar menjadi kenyang kerana banyak menangis.   Selain itu aku sering disuruh membersihkan kawasan rumah dibawah panas matahari yang memancar.   Apabila badan kurang sihat,  aku pergi sendirian ke Hospital mendapat rawatan dari Doktor.   Aku tidak pernah dihantar atau diberi wang oleh bonda atau saydara yang lain.

Masih aku ingat semasa adik kepada Raja yang tidak siuman itu bertugas sebagai 'MAGISTRATE' di Ipoh,  aku telah dibawa kemakhamah untuk membuat 'SURAT SUMPAH'.   Dimasa itu,  aku menjangkau kerusia 14 tahun atau kurang.  Aku langsung tidak mengerti dan tidak mengetahu butir butir yang terisi dalam Surat Sumpah tersebut.   Aku cuma disuruh menurunkan cap jari saja selain tidak disuruh meneliti tentang kandungannya.   



Tidak berapa lama kemudian aku telah diberi Kad Pengenalan yang berbentuk sekeping kertas warna hijau dan diatasnya terlekat wajah aku.   



Apabila aku teliti dan ku lihat dengan cermat,  nama asalku bagaimana yang tercatit didalam surat beranak sebagai TENGKU AMRAN sudah tiada lagi,  dan nama biasa yang digunakan sepenuhnya.

Hal ini sudah menjadi persoalan besar dan aku ditanya oleh beberapa orang keturunan kemana perginya nama penuhku.  Siapa yang menguruskan Kad Pengenalan kamu,  demikian lobi melobi oleh beberapa orang saudara maraku yang ingin tahu perkara sebenar.

Setelah sudah kenal pasti perkara sebenar,   aku cuma mampu menyimpannya sebagai kenangan dan apa saja peristiwa yang pernah aku tempuhi tetap dalam ingatanku.

LEPAS DIRI:    


Pun begitu,  kesabaran yang telah sekian lama ku tahan tahan tidak lagi mampu ku bendung.   Hati kecilku senantiasa mendesak agar aku meninggalkan saja rumah yang mempunyai sejarah pahit buatku,  sama seperti bisik bisik yang sering meminta supaya aku melepaskan diri daripada cengkaman keluarga zalim.   Perasaan aku sentiasa terdengar dengar; "pergi lah, pergi lah",  Insyallah kamu akan selamat.   

Bagaimanapun aku harus memikir dan menimbangkan akibat buruk-buruknya jika aku berbuat secara tergesa gesa.

Aku seolah olah mendapat "petunjuk",  ada insan yang akan menyelamatkan.  Tanpa berfikit panjang lagi,  suatu pagi kira kira jam lima subuh akau meninggalkan rumah tanpa disedari sesiapa pun.   Daripada Pasar Besar Ipoh aku menumpang lari sayur menuju ke Kuala Lumpur dengan membawa wang tunai RM60 sahaja.   Dengan sewa RM15 dapatlah aku menginap disebuah hotel kecil untuk satu malam.

Dalam pada itu terfikir pula aku bagaimana dengan makan minum,  belanjatambang bas untuk mencari kerja dengan baki sebanyak RM45 lagi.   Sebentar aku termenung sambil memikirkan hala tuju kemana harus aku melangkah sebelum sampai kesesuatu destinasi untuk mencari pekerjaan yang belum tentu hasilnya.


ORANG MENOLONG:

  

Petunjuk dan kuasa Allah SWT, aku seolah olah didorong supaya berjalan kaki sehingga bertemu sebuah kem tentera yang terletak di Jalan Ipoh,  walau pun aku sendiri tidak tahu dan tidak menyangka dijalan laluan ku tuju itu sememangnya ada sebuah kem tentera.

Ketika tiu perut terlalu lapar,  aku berhenti seketika tidak jauh dari pintu besar Kem tersebut untuk menghilangkan penat.  Melihat akan keadaanku yang kelihatan bermasaalah ketika itu,  seorang tentera yang sedang berkawal dipintu masuk telah menegur dan memanggil aku datang padanya.

   
Aku tidak merasa takut dan segera kepadanya,  aku ditanya mahu kemana dan dari mana aku datang.  Terus aku menceritakan segalanya,  mendengarkan kisah benarku,  tentera itu merasai simpati dan kasihan melihat aku,  sebelum dia habis bertugas jam 4 ptg,  aku disuruhnya menunggu dikantin Kem tersebut.   Aku diberi makan dan minum dan disuruh aku tunggu hingga dia habis bertugas.

Aku dibawa kerumahnya dan diperkenalkan pada semua ahli keluarga termasuk adik lelakinya yang lebih tua dari aku.   Mereka  amat bersimpati dengan nasib malang yang menimpa diriku.

Esok paginya aku disuruh ikut adik lelakinya ketempat kerja dan dengan pertolongan dia,  aku dapat kerja ditempat yang sama dengannya.   Aku bersyukur pada tuhan yang telah menolong dan menyelamatkan aku.
Aku disuruh tinggal dirumahnya selagi aku mahu.   Setelah beberapa bulan bekerja dan sebahagian wang gaji dapat aku kumpul,  aku bercadang mahu berpindah kerana keadaan rumah keluarga angkat terlalu kecil dan sempit dengan anaknya yang ramai.   

Di Selayang aku perolehi sebuah rumah sewa agak sederhana,  cukup sekadar membawa kawan sekiranya ada yang mahu mencari rumah sewa.   Setelah berpindah,  keesokkan harinya cara kebetulan ada kawan sekerja yang mahu mencari rumah sewa.  

Aku mengajak kawan itu tinggal bersama aku tak payah cari rumah lain.   Dia bersetuju dan dia pun berpindah dan tinggal bersama aku cara perkongsian bersama.

Selang beberapa hari selepas aku berpindah,  aku telah pergi kerumah keluarga angkat yang telah banyak menolong aku.   Atas budi baik dan jasa pertolongan saudara angkat ku itu,  aku telah menghulurkan wang sebanyakj RM200 sebagai tanda membalas budinya dan seterusnya aku sering kerumahnya dan menganggap mereka seperti saudara kandungku sendiri.

Kawan serumah ku bercadang mahu mengambil emaknya tinggal bersama,  paling tidak sekurang kurang ada orang yang boleh memasak dan membasuh pakaian.   Aku bersetuju dengan cadangan kawan aku itu.

Kami sama sama berpakat membayar wang sewa rumah, serta bayaran api dan air,  begitu juga belanja barang barang daput.  Sebahagian dari wang gaji ku, telah aku sampaikan pada emak kawan serumahku.  Dia lebih tahu tentang perbelanjaan harian.

Semenjak ada ibu angkat dirumahku,  seorang gadis bernama Yati (bukan nama sebenar) boleh dikatakan terlalu kerap datang rumah.   Dia berbaik baik dengan ibu angkatku.  Aku hairan kenapa gadis tersebut sering berulang dan sering menolong ibu angkat membasuh pakaian pakaian kami hingga dia cuai dengan membuat kerja kerja dirumah sendiri.

Aku sendiri tanpa diduga telah terperangkap oleh cinta yang tidak pernah aku cari.   Kehadiran gadis itu rupa rupanya ada udang disebalik batu.


Akan bersambung.......

Catitan oleh: Ku Ann @ Tengku Amran      

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.