KUALA LUMPUR:
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kini seorang yang
gelisah kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia
berdepan dengan mimpi ngeri akibat dua manusia, bosnya Datuk Seri Najib
Razak dan isterinya Rosmah Mansor.
Apakah
mimpi ngeri itu? Iaitu Muhyiddin bakal mencipta sejarah sebagai Timbalan
Presiden Umno yang pertama ‘upgrade’ ke Ketua Pembangkang pada sesi
parlimen 2013.
Umno
kini di persimpangan yang amat meruncing. Muhyiddin tahu, bosnya Najib
sudah tidak berupaya melakukan apa-apa untuk menyelamatkan Umno dan
Barisan Nasional. Yang dipentingkan bosnya hanyalah untuk meningkatkan
popularitinya sahaja.
“Cita-cita
Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri, bukan sahaja tidak menjadi,
bahkan yang lebih ngerinya beliaulah orang yang bakal menjadi Ketua
Pembangkang,” kata sumber dalaman Umno.
Kini, katanya Muhyiddin telah mengorak langkah untuk menyelamatkan beliau sendiri daripada mimpi ngerinya.
Jikalau
ditakdirkan beliau akan menjadi Ketua Pembangkang, lebih baik kalau
beliau yang membawa Umno-BN masuk ke PRU-13 dan bukan Najib.
“Muhyiddin tak mahu jadi ketua pembangkang disebabkan kesilapan Najib yang berterusan,” kata sumber itu lagi.
Sumber
itu berkata rata-rata orang Umno sudah keletihan dan berpendapat masa
terbaik untuk melaksanakan PRU13 telah terlepas disebabkan Najib yang
suka berdolak-dalih.
“Tapi
Najib berdolak-dalih disebabkan Muhyiddin juga. Najib tahu jika
keputusan PRU13 lebih teruk daripada prestasi Pak Lah, Muhyiddin akan
menggunakan pemilihan Umno untuk memaksanya keluar. Jadi tak boleh
salahkan Najib juga,” kata sumber itu lagi.
Beliau menambah, akibatnya kini dua-dua Najib dan Muhyiddin mungkin tidak berpeluang lagi untuk menjadi Perdana Menteri.
Kini, kata beliau, team Muhyiddin sedang mengorak langkah untuk memaksa Najib memanggil PRU13 dalam waktu terdekat.
“Panggil
di waktu terdekat, BN masih berpeluang untuk menang tipis, di mana BN
masih kekal memegang jawatan Perdana Menteri dan Muhyiddin akan menjadi
Perdana Menteri setelah menewaskan Najib di pemilihan Umno dengan
menggunakan prestasi buruk PRU13 sebagai alasan,” kata sumber tersebut.
Jika Najib tetap enggan memanggil PRU13, apa pula yang Muhyiddin akan buat?
“Muhyiddin
akan usul undi tidak percaya pada Najib di perhimpunan agong Umno akan
datang. Seperti yang saya kata tadi, jikalau takdir nak jadi ketua
pembangkang, Muhyiddin rela diri yang mengetuai peperangan dan tewas
daripada kalah sebab bosnya,” tambah beliau.
Semua dalam Umno, kata sumber itu, kini merasai bahawa peluang Pakatan Rakyat menang itu sudah ada.
“Dulu mereka tak pernah rasa itu satu kemungkinan, sekarang mereka bimbang itu satu realiti,” kata sumber itu lagi.
Langkah
Utusan Malaysia menonjolkan barisan kabinet bayangan, kata sumber itu,
adalah langkah terbodoh bagi Umno-BN sebab mereka mengesahkan kepada
rakyat dan penyokong mereka kemungkinan PR menang itu sudah ada.
“You
should never let the elephant out (Anda tidak sepatutnya menyatakan apa
yang tersirat),” sindirnya, sambil menambah "orang yang bakal lemas dan
panik akan melakukan perkara yang menyebabkan kematian daripada
menyelamatkan diri."
Kerangga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.