Monday, October 29, 2012

KESAH HIDUP SEORANG KERABAT DIRAJA ( PART 5 )

 
PERANGKAP:
Pada Disember, 1964 ketika umurku menjangkau 18 tahun,  semasa pulang dari kerja jam 4 ptg., aku dapati ramai orang dirumah.   Aku sangka ada berlaku sesuatu yang buruk,  apabila aku masuk kerumah,  aku telah diugut dan dipaksa oleh seseorang yang sedang menyoal, dengan sebilah parang bersarung terikat dipinggangnya.


Dia memaksa aku berkahwin dengan gadis yang telah sedia ada dirumah aku.   Aku tidak tahu apa apa tetapi perasaan ku amat takut dan gementar,  aku binggung dan takut ketika itu walaupun aku tidak bersalah.   

Ibu angkat aku sama sama turut mendesak supaya aku ikut saja kata mereka.


KAHWIN:  

Pada malam itu,  kami berdua telah dibawa ke Banting untuk dinikahkan.   Ku lihat ramai orang sudah bersedia menunggu termasuk imam.   Aku bernikah hutang tanpa belanja,  suka atau tidak aku terpaksa menerima hakikatnya kerana dia merupakan isteri aku yang sudah sah.   
Malam itu juga dia ku bawa pulang kerumah.   Siang hari esoknya,  riuh rendah sekampung mengatakan ada orang kena "tangkap basah".   Disana sini ada saja terdengar cerita yang sama malah sampai ketempat kerjaku pun begitu.


Malunya tak dapat disembunyikan lagi,  namun aku tidak mengendahkan apa saja yang dicakap  oleh mereka,  masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.   Lama kelamaan cakap-cakap itu lenyap dari pendengaranku.


DIPANGGIL PULANG KE IPOH:

Tiga hari sesudah berkahwin,  sepucuk surat dari kakak telah aku terima.   Aku disuruh balik segera dan apa yang berlaku tempoh hari minta dilupakan.   Mendengarkan nasihat itu dari kakak,  aku pun pulanglah ke Ipoh sendirian.


Semasa di Ipoh,  aku telah dinasihatkan pergi kemakhamah Kuala Lumpur berjumpa dengan Ku Chik,   dia menunggu kamu.   Aku menurut nasihat kakak walaupun tanda dan kesan parut kemarahan masih belum sembuh dihatiku.


KEMAKHAMAH TINGGI:


Selepas nasihat kakak,  aku pun meninggalkan rumah yang penuh dengan seribu peristiwa untuk menuju ke Kuala Lumpur.    Malam baru aku sampai kerumah dan berbincang dengan isteri...  Esok paginya,  aku kemakhamah tinggi untuk menemui Ku Chik atas suruhan kakak.


 Apabila berada dihadapan Ku Chik,  aku dituduh lari dari rumah tanpa  pengetahuan keluarga.   Setelah puas Ku Chik meleteh,  dia memberi perangsang supaya aku jangan kecil hati dan lupakan segala galanya.


Walaupun begitu,  Ku Chik telah mengambil kira, tanpa diduga aku telah menerima "SURAT PERLANTIKAN" untuk satu jawatan rendah sebagai Penyimpan Rekod Jenayah.
Bersama waren tiket kereta api serta wang perbelanjaan untuk dua orang tujuan untuk melapurkan diri ke Makhamah Rendah Ipoh atas perentah Ku Chik sebagai Ketua Pendaftar, Makhamah Persekutuan.


Mendengar nasihat Ku Chik,  aku bersama isteri yang baru ku kahwini 7 hari telah berangkat ke Ipoh dengan menaiki keretapi dengan biaya kerajaan.  Apabila tiba dirumah tempat aku dibesarkan,  belum pun sempat kami berdua melepaskan penat,  isteriku menghulur tangan untuk bersalaman dengan bonda dan kakak,   mereka tidak menyambut salam dari isteri aku.


Mereka pula bertanya siapa perempuan yang aku bawa.  Jawabku,  ini isteri aku,  kami baru berkahwin.   Lantas kakak menyuruh aku menceraikan isteriku.   Mendengar perkataan kakak serta merta air mata isteriku mengalir.   Kononnya perkahwinan kami berlangsung tanpa mendapat restu dari mereka.


Disebabkan tekanan sebegitu,  isteriku menganggap keluargaku sungguh zalim.   Mereka dianggap memandang darjat dan kedudukan oleh isteriku.   Aku menjadi bingung dan terlalu sukar untuk memikirkan penyelesaian yang harus dibuat.   Aku yang berserah pada Allah SWT sambil memujuk isteriku agar turut bersabar.


DEBARAN:


Dipejabat pagi esoknya,  entah apa pula yang mendebarkan jantungku,  seolah-olah aku merasakan ada sesuatu yang tak kena yang menyebabkan aku mahu  pulang cepat dari tempat kerja.    Aku terasa gelisah dan aku tidak terfikir langsung apa apa yang buruk akan berlaku.


Apabila sampai dirumah,  aku dapati isteriku sedang ditindih dan kepalanya juga sedang dihantuk ketas simen oleh perbuatan zalim kakak aku sendiri,   sampaikan isteriku tidak dapat bangun,   dia menangis dan lemah seluruh badannya.   Perkara ini berlaku didepan dua biji mataku yang melihat sendiri kejadian itu.
 
Melihat demikian,  aku terpaksa bertindak sambil menarik kakak dari terus berbuat demikian.   Kakak ku tempeleng dengan sekuatnya,   dia terus kedapur mengambil pisau untuk bertindak liar.   Melihat demikian, bonda terpaksa merampas pisau dari tangan kakak.   Selepas itu,  bonda menalipon Ku Chik dengan memberitahu apa yang berlaku antara kami adik beradik.

Jam 8 malam,  aku bersma isteri ku keluar dari rumah membawa semua pakaian dengan menaiki teksi menuju kerumah ibu saudara yang tinggal di Kampung Tanjung Rambutan.   Setibanya dirumah ibu saudara,  kami telah menceritakan tentang apa yang berlaku.   Mendengarkan demikian ibu saudara aku cukup marah pada kakak aku,   kami disuruh sabar,  Allah akan menyebelahi pihak yang benar.


Akan bersambung........


Catitan: Ku Ann @Tengku Amran
        

    



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.