Tuesday, October 16, 2012

Kedah, Kedudukan Kewangan Memuaskan.

 
Kedudukan dan pengurusan kewangan kerajaan Kedah secara keseluruhannya memuaskan.
 
Mengikut Laporan Ketua Audit Negara, pada 2011, baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM252.36 juta berbanding RM328.28 juta pada 2010.

Peningkatan hasil pada 2011 berjumlah RM20.52 juta bersamaan 4.5 peratus berbanding peningkatan belanja mengurus RM40.63 juta (9.4 peratus).

Semakan terhadap pengurusan kewangan jabatan/agensi negeri Kedah berdasarkan Indeks Akauntabiliti pada 2011 mendapati tiga jabatan/agensi negeri di tahap sangat baik.

Sebanyak 12 lagi berada di tahap baik dan dua lain berada di tahap memuaskan.

Berbanding 2010, sebanyak 17 jabatan/agensi diaudit dengan empat jabatan/ agensi mendapat tahap sangat baik, 12 (baik) dan satu (memuaskan).
  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.