Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kontrak perolehan kapal selam Scorpene, pesawat Sukhoi dan alat ketenteraan lain, tidak dikemuka untuk tujuan pengauditan.
“Ia tidak terkandung dalam laporan yang dikemuka Jabatan Ketua Audit Negara (JKAN).
“Tugas Jabatan Ketua Audit Negara bukan
menyiasat penyelewengan, tetapi menegur sekiranya perolehan tidak
mengikut prosedur sepatutnya.
“JKAN, pertama akan mengaudit secara rawak
apa yang dilapor kepada mereka. Dalam isu pembelian Scorpene, cara
membuat pembayaran tidak dikemuka dalam penelitian audit. Sepatutnya
penelitian ini dibuat oleh SPRM,” ujarnya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi yang
mendesak semua pihak ‘harus menerima jawapan kerajaan’ mengenai isu itu
seperti dijelaskan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Azan dalam pada itu mengesyaki laporan audit sengaja lewat dikemuka ke parlimen sebagai usaha untuk melindungi sesuatu.
“Saya mengesyaki, oleh kerana tahun ini tahun kedua ia tergendala untuk
diserah kepada parlimen, ada antara laporan yang ‘dikeluarkan’ untuk
tujuan membentangkannya kepada parlimen,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata,
Isu pokok dalam skandal pembelian Kapal Selam Scorpene adalah integriti
dan sistem Perolehan Kementerian Pertahanan.
Katanya, hingga kini kerajaan tidak telus menjawab soalan dibangkit
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat berhubung komisen
dalam urusniaga tersebut.
“Rakyat hanya mengetahui isu ini selepas ia didedah NGO Suaram,
melibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM7 bilion dan ini satu jumlah
yang sangat besar.
“Sebab itu pentadbiran Najib Altantuya harus menjawabnya dengan jujur
dan telus termasuk persoalan melibatkan harga, keupayaan kapal selam dan
bayaran komisen luar biasa yang dikait dengan beliau semasa menjadi
Menteri Pertahanan,” katanya.
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.