Wednesday, October 31, 2012

Formula mudah untuk tewaskan BN dalam PRU13 nanti


Jadinya, jangan seronok sangat tengok formula mudah tu. Jentera pilihanraya tempatan kena pastikan untuk dapat undi lebih 5% majoriti undi taget untuk tampung penipuan Umno BN dan para anjingnya dalam pengundian yang tak mampu kita sekat pasai 'dihalalkan' oleh undang-undang dan peraturan pilihanraya.

Harakahdaily melaporkan:

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN. - Hrkh.    

Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)


82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.

20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.

Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.

Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang. - Ibid.

Sebelum ni aku ada buat entry yang bertajuk "Apa pun yang Pakatan Rakyat buat, Umno BN tetap akan menang PRU13?"

Dalam artikel tu aku ulas pasai ramai yang yakin PR akan menang atas sentimen rakyat semakin ramai hadir program anjuran PR, sedangkan realitinya angka kehadiran tu sebenarnya tak menjanjikan kemenangan kalau dibandingkan dengan jumlah pengundi setempat.

Kalau tengok ke formula mudah kat atas tu, memang nampak macam boleh menang. Cumanya mampukan Pakatan Rakyat mempertahankan sekesua 82 kerusi tu. Bukan semua wakil rakyat PR betul-betul perform. 


Ada jugak yang bila dah menang lebih kurang sama ja macam wakil rakyat Umno, masa kempen sanggup masuk sampai dapur rumah pengundi tapi bila dah menang pengundi nak nampak muka dia pun payah.

Bab faktor pengundi cina aku pun setuju, pasainya memang majoritinya tak peduli sangat sapa calon dan parti yang lawan BN, terutama di kawasan yang belum menang tapi di kawasan yang dah menang prestasi wakil rakyat memang akan bagi kesan.

Pun macam tu, kalau sokongan orang melayu tak meningkat langsung payah jugak untuk calon dari PR nak menang di kerusi campuran tu.

Lagi satu faktor yang tentu akan bagi kesan yang besar, takat mana kesediaan agensi kerajaan terutama sekali SPR sanggup beraksi macam 'si anjing Umno'. Aku tak heran kalau ada kakitanga dan petugas SPR yang sanggup buat apa saja untuk pastikan calon dari Pakatan Rakyat kalah.

Jadinya, jangan seronok sangat tengok formula mudah tu. Jentera pilihanraya tempatan kena pastikan untuk dapat undi lebih 5% majoriti undi taget untuk tampung penipuan Umno BN dan para anjingnya dalam pengundian yang tak mampu kita sekat pasai 'dihalalkan' oleh undang-undang dan peraturan pilihanraya.

 



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.