Sunday, October 28, 2012

Antara Cerita Panas Dalam Buku Pak Habib !

Skandal Sultan Johor vs Peguam Kamal
Peguam Kamal menulis: Dikala seluruh rakyat Negeri Johor sedang sibuk mengadakan tahlil-tahlil di masjid dan surau, rakyat berkabung menghormati Almarhum Sultan Iskandar yang telah mangkat. 
 
Saya tidak menyangka disebabkan cara saya seolah-olah tidak mahu mengikut arahan atau cuba mengelak dari melakukan apa yang diminta oleh Sultan Ibrahim berkaitan dengan harta peninggalan ayahandanya, Sultan Ibrahim telah cuba membuatnya secara "senyap" untuk melakukannya sendiri tanpa pengetahuan saya dengan menyuruh Dato' Ali Musa menulis surat kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi memindahmilik nama pendaftaran pesawat-pesawat milik bapanya secara "back-dated" iaitu tarikh dikebelakangkan kepada namanya. 
 
Tiada siapa yang tahu wujudnya percubaan untuk mengenepikan hak-hak waris lain dengan cara "menipu" dan meletakkan tarikh kebelakang walaupun sangat jelas dan nyata bahawa pada tarikh kemangkatan Sultan Iskandar (22 Jan 2010) semua pendaftaran pesawat-pesawat tersebut adalah didaftarkan atas nama Sultan Iskandar.

Namun pada akhir bulan February kira-kira sebulan selepas kemangkatan, pihak DCA difahamkan enggan dan tidak mahu mendaftarkan secara "back-dated" kerana mereka percaya untuk tujuan pendaftaran memerlukan dokumen-dokumen sokongan bahawa wujudnya "titah" dan dokumen undang-undang berkaitan bagi membolehkan pendaftaran pesawat-pesawat itu dibuat oleh pihak DCA.

Inilah surat yang telah dikeluarkan disaat rakyat dan keluarga DiRaja diselubungi kesedihan :

 
 
Surat bertarikh 4 Feb 2010
Rujukan (32) dlm PBDR 9/6 jld. 1

Kepada;

Director of Airworthiness
Dept. of Civil Avaition Malaysia
Level 2, Block Podium A Lot 4G4
Presint 4
Federal Goverment Administration Centre
60250 Putrajaya

(U/P: Dato' Hj. Suhaimi Abd. Ghani

YB. Dato;

PENDAFTARAN PINDAHMILIK PESAWAT UDARA

Dimaklumkan adalah saya menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Iskandar yang titahkan kepada saya pada 12 Oktober 2009 telah berkenan bahawa semua pesawat udara yang disenaraikan di Lampiran ini dipindahmilikkan dan didaftarkan kepada DYAM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar yang kini adalah Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta'zim..............

Adalah Saya yang menjungjung titah

ditandatangani oleh:

(BRIG JEN (B) DATO' ALI BIN HJ. MUSA)
Pengelola Bijaya DiRaja
Johor.

(Surat asal tidak dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu).

Nota Kita Semua Uncleseekers: Korang tengok dokumen berkaitan dan cerita lanjut Peguam kamal di https://www.facebook.com/media/set/?set=a.508358342507818.121012.465613053449014&type=1

PANAS! Buku 'Setan, Syaitan, Sultan' - Pak Habib- Syed Hussien Al-Attas The Writer sudah berada dipasaran. Dapatkan segera sebelum diharamkan. Harga: RM60.00 termasuk belanja pos diseluruh Malaysia. PM admin atau email ke KitaSemuaUncleseekers@gmail.com utk tempahan & cara pembayaran!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.