KUALA LUMPUR 31 OGOS : Sambutan ambang merdeka ‘Janji Demokrasi’ yang
diadakan di sekitar Dataran Merdeka dan di hadapan Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur(DBKL) malam tadi berkahir aman tanpa sebarang kekecohan
berikutan tiada tindakan provokasi oleh pihak polis.
Berbeza seperti mana yang terjadi dalam perhimpunan siri 1,2 dan 3
anjuran BERSIH kerana terdapat banyak tindakan provokasi dan
serangan-serangan ganas polis terhadap peserta perhimpunan.
Demikian menurut kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku
Hanan ketika ditemui TVSelangor di lokasi sambutan ambang merdeka ‘Janji
Demokarasi’ malam tadi.
“Di sini rakyat Malaysia kena faham, orang yang datang ini tak kira BERSIH ke, apa ke, kita ini adalah orang aman.
“Buktinya pada malam ini bila tiada polis mengacau, tengok suasana aman, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Tetapi kalau polis ada membawa senjata, merempuhkan orang-orang
mereka ke dalam orang-orang yang berhimpun, itu yang mencetuskan suasana
yang huru-hara seperti dalam perhimpunan BERSIH 2.0 dah 3.0 lalu,”
ujarnya lagi.
Tunku Harmy turut menganggap kempen menaikkan jalur gemilang yang
dilaungkan oleh kerajaan tidak mendapat sambutan dari masyarakat negara
ini kerana rakyat telah mula menolak penghayatan kemerdekaan ala
Umno-BN.
“Pada hemat saya sepatutnya malam ini orang menyambut kemerdekaan
dengan bendera penuh dan kenderaan-kenderaan juga banyak dipasang
bendera, tetapi kali ini saya tak nampak pun, yang ada sangat kurang,”
kata beliau.
Perhimpunan ‘Janji Demokrasi’merupakan perhimpunan sambutan ambang
kemerdekaan yang dianjurkan oleh gabungan JANJI yang dianggotai 49
pertubuhan bukan kerajaan(NGO).
Sambutan ambang kemerdekaan itu malam tadi berjaya menarik kehadiran seramai hampir 20,000 hadirin.
Sambutan tersebut yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka terpaksa
dipindahkan di hadapan bangunan DBKL apabila Datuk Bandar mengeluarkan
arahan agar Dataran Merdeka ditutup untuk orang ramai.
Sebelum itu, sambutan kemerdekaan anjuran kerajaan pada peringkat
awal lagi telah mendapat protes rakyat kerana tema dan logonya yang
melambangkan kepartian.
Keadaan menjadi bertambah buruk lagi apabila buat pertama kali tiada
sebarang sambutan diadakan pada malam ambang merdeka di dataran
bersejarah itu.
Meskipun sambutan ambang merdeka Janji Demokrasi dengan tema
Sebangsa, Senegara, Sejiwa itu berbajet bajet rendah ianya tetap
berjalan meriah oleh kehadiran ribuan pengunjung dan beberapa tokoh
politik, aktivis seni dan aktivis masyarakat terkenal.
Sebelum kiraan ‘count down’ detik 12.00 malam beberapa acara sampingan juga telah dijalankan.
Antaranya nyanyian lagu berbentuk sindiran kepada kerajaan dan deklamasi puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Sebelum itu kehadiran beberapa kumpulan mat rempit yang cuba
menganggu orang ramai yang berada dalam acara sambutan tersebut juga
gagal.
Setelah kiraan detik 12.00 malam sambutan malam tadi telah diakhiri
dengan tembakan bunga api berbajet rendah yang dibawa oleh orang ramai
dan nyanyian lagu negaraku.
Kira-kira jam 2.00 pagi orang ramai mula meninggalkan kawasan sekitar
Dataran Merdeka dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tanpa sebarang
kekecohan.
Menurut Pengerusi Bersama BERSIH, A. Samad Said, sambutan ambang
kemerdekaan Janji Demokrasi ini telah dapat diadakan dengan berjaya
sekali.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.