Sunday, September 23, 2012

PANAS! Joseph Salang Cuba Tutup Spekulasi Disingkirkan?


Anggota Parlimen Julau, Joseph Salang Gandum (kiri) menyangkal khabar angin yang tersebar di Pakan bahawa beliau tidak akan diletakkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Julau pada pilihan raya umum akan datang.

"Umum mengetahui bahawa presiden parti saya, Parti Rakyat Sarawak (PRS), James Jemut Masing hanya mencalonkan satu nama bagi mempertahankan setiap enam kerusi Parlimen miliknya.

"Sepanjang pengetahuan saya, hanya nama saya yang telah beliau kemukakan kepada Perdana Menteri Najib Altantuya untuk dipertimbang bagi mempertahankan Julau, yang saya wakili selama tiga penggal. Khabar angin ini satu berita baru bagi saya," katanya.


Salang, yang juga Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata demikian pada majlis bersama rakyat, pertama di Rh. Minggang anak Noel di Julau dan malam tadi di Rh.Dinggai anak Janting di Jalan Engkamop, Pakan dekat Sarikei.

"Sesiapa saja boleh bertanding pada pilihan raya, tapi hanya seorang calon akan mewakili BN. Bagi mereka dari luar parti gabungan ini, memang suatu pembohongan secara terang-terangan jika mereka mendakwa sudah mendapat restu mengenainya. Kepimpinan tertinggi BN belum membuat keputusan tentang perkara itu," katanya.

Salang juga mengulangi kesediaan beliau untuk bertanding sekiranya mendapat restu daripada Najib Altantuya, yang juga pengerusi BN, Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud sebagai pengerusi BN negeri dan Masing.

"Jika Najib Altantuya khususnya berpendapat sudah tiba masanya seorang pemimpin baru patut mengambil alih, saya sedia berundur. Tapi, saya harap rakyat akan memberi sokongan seperti yang mereka beri kepada saya sebelum ini kepada pengganti saya untuk menjamin kesinambungan program dan rancangan pembangunan yang dibuat untuk mereka," katanya.


Sementara itu, di Rh.Dinggai di mana majlis itu dianjurkan secara bersama oleh KEMAS dan agensi kerajaan lain, beliau menyeru ibu bapa di luar bandar supaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan prasekolah dan tadika yang disediakan KEMAS untuk membolehkan anak mereka mendapat pendidikan awal yang berkesan.

"Kita di negara ini amat bernasib baik kerana kerajaan menyediakan perkhidmatan ini secara percuma. Di negara lain, pendidikan prasekolah, sama mahalnya dengan pendidikan tinggi.

"Sebagai ibu bapa, kita boleh menganggap kita berjaya dalam kehidupan sekiranya kita membolehkan anak kita menikmati taraf hidup yang lebih baik daripada kita. Ini hanya boleh dicapai melalui pendidikan yang lebih baik," katanya.

Bagaimanapun, sumber yang enggan namanya didedahkan mendakwa kenyataan Salang hanyalah tidak lebih cuba menutup spekulasi kedudukannya kerana perselisihan antara dirinya dengan James Masing sudah menjadi buah mulut penduduk setempat sekaligus menjejaskan persiapan parti tersebut menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

Beberapa pihak lain juga mengesahkan perkara itu namun terpulang kepada Najib Altantuya sama ada mahu memihak kepada Salang atau James kerana perpecahan dalaman PRS sudah sampai ke pengetahuan Kuala Lumpur. 



Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.