Kahkahkah...
Ada ka dia kata punca orang baling cat merah kat bas PKR pasai depa meluat kat Lim Guan Eng...
Kahkahkah...
Orang benci kat Guan Eng, baling cat merah kat bas PKR...
Guan Eng dok Penang, baling cat kat Kelantan...
Cina tu KM Penang, tapi kena baling cat kat Johor...
Kahkahkah...
Woii bangsa Umno...
Kalau dah bengong tu, jangan la tunjuk sangat...
Simpan kat Ibrahim Ali sama...
Kahkahkah...
********************************************
Umno Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan melampau peserta demonstrasi pro-BN, termasuk perbuatan khianat ke atas bas kempen PKR, berpunca daripada "kebencian yang ditiupkan kerajaan DAP".
Ketua Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata, ketua menteri Lim Guan Eng sepatutnya "lebih peka, rasional dan tidak harus meniupkan kebencian terhadap parti lawan setiap hari".
"Apabila kebencian itu ditiup setiap hari, ia menimbulkan perasaan kebencian rakyat kepada Umno dan BN, pada tahap melepasi batasan sehingga penyokong bertindak baling cat.
"Pemimpin politik dinasihatkan supaya memberi tumpuan menceritakan polisi parti, matlamat perjuangan, rancangan-rancangan demi kebaikan rakyat, bukannya meniup kebencian kepada mana-mana pihak yang boleh mengundang kemarahan dalam kalangan penyokong," katanya seperti dipetik akhbar itu.Zainal dalam laporan tersebut bagaimanapun tidak menjelaskan kenyataan oleh kerajaan DAP yang didakwa "meniup kebencian" tersebut, seperti yang didakwanya.
Bagaimanapun, Zainal tetap menggesa supaya serangan berkenaan dihentikan segera.
“Umno Pulau Pinang mengutuk sesiapa sahaja terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Tidak kira, individu dari kalangan penyokong parti memerintah, pembangkang atau pihak yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti.
“Saya minta pihak polis menyiasat semua kes ini supaya tindakan sewajarnya diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab ini,” katanya.
-Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.