Thursday, September 20, 2012

Mahathir Belasah Najib Lagi.. - Posted by Addin

 
Sesudah mengeluarkan kenyataan kontroversi 'syaitan yang dikenali' di blognya yang merujuk kepada Umno beberapa minggu lalu, hari ini satu lagi kenyataan berunsur kontroversi sekali lagi dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Najib Altantuya!Tertekan dengan perkembangan politik yang tidak memihak Umno disebabkan kepimpinan Najib Altantuya yang lemah memaksa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan yang secara halus ditujukan kepada perdana menteri keenam itu.


Mahathir hari ini bersetuju bahawa keadaan di jalanan di Malaysia hari ini lebih berbahaya dan melabelkannya sebagai "fenomena baru” yang perlu diselesaikan oleh kerajaan dengan membelanjakan lebih banyak peruntukan.
 
Perdana menteri paling lama memerintah dalam sejarah negara itu mengatakan sudah dapat dilaksanakan di mana orang ramai bergantung seratus peratus kepada polis untuk mencegah jenayah walaupun beliau mengiktiraf langkah kerajaan untuk menambah anggota keselamatan untuk menjamin keselamatan keadaan jalanan.
 
“Saya rasa isu keselamatan adalah masalah di Malaysia sekarang... 
 
Akan tetapi kita perlu ada kajian terperinci untuk mendapat kepastian tentang itu.
 
“Kita perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk berhadapan dengan sesuatu yang sudah menjadi “fenomena baru", kata beliau semasa sesi soal jawab dalam Forum CEO 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.
 
Sebab itulah Mahathir hanya berani meramalkan BN akan 'memenangi' pilihanraya umum akan datang, tetapi tidak pasti sama ada ia akan menang dengan majoriti yang meyakinkan.
 
Dalam ucapannya Mahathir berkata senario ini bermakna status quo kerajaan persekutuan akan kekal lemah dan ini akan menjejaskan pembangunan dan keadaan tidak stabil ini tidak baik untuk perniagaan.
 
Menurutnya, kerajaan sekarang hanya mempunyai kelebihan 30 kerusi yang akan dianggap lemah kerana perubahan lebih daripada 15 ahli Parlimen akan mengakibatkan kerajaan tumbang secara automatik.
 
Majoriti mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan adalah 112 kerusi dan majoriti dua pertiga pula, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat perlu memperolehi 148 kerusi daripada 222 kerusi keseluruhan.
 
Spekulasi terbaru muncul awal minggu ini berdasarkan maklumat dalaman Umno sendiri yang mendakwa Mahathir, bekas menteri kewangan yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah dan timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin sedang merencana proses peralihan kuasa sebelum pilihanraya umum ke-13.
 
Menurut sumber yang tidak mahu didedahkan, ketiga-tiga pemimpin Umno ini mahu Najib Altantuya disingkirkan dan digantikan oleh Muhyiddin selaku perdana menteri sementara sebelum pembubaran parlimen.
 
Sekiranya Muhyiddin gagal untuk melaksanakan tugasnya seperti yang ditetapkan, pilihan kedua adalah berkemungkinan Mahathir akan keluar dari persaraan dan kembali dilantik menjadi perdana menteri dengan syarat bertanding dalam mana-mana kerusi parlimen dalam pilihanraya kecil sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali mendapat mandat membentuk kerajaan persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.