Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim
Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham
Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah
Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang
mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort.
Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak
permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau
atas tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di
blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com pada atau sekitar Januari
2010.
Antara lain di dalam blognya, Hamidah menyiarkan gambar super imposed Khalid Samad sebagaimana sebelah.
Dan beliau juga menulis antara lain “Golongan yang menyokong pengunaan
ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen
Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian
mengantikan perkataan ‘God’ kepada didalam Bible kepada perkataan Allah.
Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan
keputusan mahkamah ini.”
Beliau juga menulis “Sekalung tahniah buat parti PAS kerana melalui
pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus
dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam
di negara ini."
Atas tulisan beliau di blog tersebut Khalid telah melalui peguamnya,
Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan writ saman ke atas
Hamidah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kausa tindakan fitnah.
Pada pendengaran rayuan hari ini Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana
binti Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates
manakala Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarrizam Haron dari Tetuan
Hafarizam Wan & Aishah Mubarak.
Dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 dan 21 November 2012.
harakahdaily.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.