KUALA LUMPUR, 26 Sept ― Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghina Islam dengan
kenyataannya mengatakan “umat Islam mempunyai masalah dalam jiwa mereka”
dua hari lalu di London.Hasan dalam sidang medianya hari ini mengecam
Anwar dan melabel pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri yang
bermasalah dengan kecelaruan emosi di pihak beliau.
"Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Islam.“Sebenarnya dialah (Anwar) yang sedang mengalami masalah jiwa,” kata Hasan (gambar).“Rakyat Malaysia faham tentang tekanan emosi yang sedia beliau hadapi berikutan dengan beberapa kes melibatkan moral beliau,” katanya.
Dalam laporan Utusan hari ini, Anwar dikatakan mengakui terdapat masalah dalam jiwa umat Islam seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Britain, The Scotsman.Penulis artikel Eddie Barnes berkata, “Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi’’.
Hasan juga menyamakan kenyataan Anwar tersebut sama seperti yang telah dilakukan oleh ahli parlimen DAP, Ngeh Koo Ham yang menulis di dalam laman mikro Twitter yang mengatakan umat Islam membuang masa menyertai demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap filem “Innocence of Muslims” pada minggu lalu.
Pada pendapat saya, kenyataan Anwar ini dilihat sama dari segi nada dan pengertiannya dengan apa yang disebutkan oleh Ngeh,” kata Hasan.Hasan turut meluahkan rasa kesal ke atas kenyataan Anwar tersebut dan menggesa para ulama untuk menyatakan pendirian terhadapi isu ini dan mahu orang ramai menilai sejauh mana kenyataan tersebut menjejaskan aqidah dan keimanan seseorang muslim atau tidak.
Jesteru, Hasan menggesa Anwar meminta maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan bertanggungjawab ke atas kenyataannya tersebut. ~tmi

Addin :
Yang jiwa kacau adalah Hassan Ali setelah di buang oleh PAS. Umum mengetahui, dari pendedahan yang dilakukan oleh Khalid Samad bahawa Hassan Ali cukup teringin untuk menjadi MB Selangor. Tetapi hasrat beliau tidak tercapai sehingga saat pemecatan beliau.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.