Berakhirnya
pencerobohan Amerika terhadap Iraq ini bermakna berakhirnya kemuncak keagungan
Amerika selama ini sebagai ‘superpower’
kerana kehebatan Bush tidak sampai ke mana, tidak hebat, manusia yang tidak
dapat mengawal nafsunya sendiri.
Disebabkan
ingin sangat menunjukkan diri berkuasa,
Amerika kini hilang ‘character’,
hilang kehormatan dan kepercayaan dunia terhadap kepimpinan kuasa besar yang
diharapkan untuk membela nasib manusia yang tertindas dan teraniaya.
Imej
Amerika kini berada di tahap yang paling rendah, di tahap ‘Nafs Al-Amarah’, lebih hina dari binatang. Dari segi kemanusiaan,
Amerika sudah tidak layak lagi bercakap tentang ‘Human Right’
When money is lost
Nothing is lost
Something is lost
When character is
lost
Everything is lost
William Shakespeare |
Jean Paul Sastre |
Memang
tidak salahlah apa yang dikatakan oleh Jean Paul Sastre, bahawa penulis
Eropah jauh lebih intelektual dari penulis Amerika. Ada pendapat yang
mengatakan Shakespeare asalnya dari Sheikh Saffer. Sekiranya dia masih
hidup, saya tidak fikir dia akan menyokong Tony
Blair, dia benci pada Yahudi. Sheikh Saffer seorang Islam. Dia pernah
menulis tentang kekejaman dan sifat tamak Yahudi dalam The Merchant of Venice. (AHLONG)
Amerika
telah membelanjakan AS$80 billion(RM304 billion), serta 350,000tentera dengan
penggunaan peralatan teknologi tinggi yang tercanggih.Namun Amerika gagal
membohongi dunia kerana gagal mengesan, lebih-lebih lagi menemui senjata
pemusnah yang menjadi alasan kenapa Iraq perlu dibinasakan.
“Malulah! Menyerang
Iraq atas sebab-sebab rekaan! Malulah engkau!”
Itulah
kata-kata lantang Michael Moore,
seorang pemenang hadiah Oscar di Hollywood pada Mac lalu.Kelantangan beliau
sangat menarik perhatian dunia, lebih-lebih lagi apabila dikenangkan upacara
penyampaian Oscar itu diikuti oleh
satu billion (seribu juta) penonton di seluruh dunia.
Cuba
bayangkan bagaimana reaksi Presiden George W. Bush dan juak-juaknya seperti
Donald Rumsfeld, Dick Cheney, Condolessa Rice dan Colin Powell ketika itu.Tapi
jenis muka tidak malu, mereka bukan peduli.
Donald Rumsfeld |
Dick Cheney |
Condolessa Rice |
Institut Kajian Antarabangsa Monterey, mendakwa Iraq
memiliki uranium atau plutonium daripada pasaran gelap yang mencukupi untuk
membangunkan senjata nuklear.
Institut yang berpejabat di AS itu juga mendakwa
Iraq mempunyai dua pilihan penggunaan senjata nuklear, iaitu sama ada
menggunakan peluru berpandu balistik
Al-Hussein yang tidak diubahsuai dengan jarak 300km, atau derivatif Al-Hussein dengan jarak
650km.
Akhirnya yang ditemui hanya satu peluru berpandu dari Amerika – balistik Bush-Blair-Bull shit! Inilah
sebesar-besar fitnah. Dosa seorang pemfitnah sama dengan dosa seorang
pembunuh.
Buku ini
ditulis untuk merakamkan duawatak manusia Adam yang mewakili manusia jenis Habil dan Kabil.The Good vs.Evil. Kebanyakan
manusia hidup semata-mata menyembah ‘nafsu’.
Padahal zahirnya, religious dari segi
ritual mempunyai luaran yang terbaik
tapi masih di tingkat ‘Nafs Al-Amarah’
seperti Saddam Hussein dan Yazid pembunuh Imam Hussein a.s. Mereka melakukan
pembunuhan, perompakan tanpa merasa berdosa sedangkan manusia biasa yang ada akal tidak dapat hidup tenteram bila
sudah membunuh dan melakukan dosa-dosa besar.
Sejak
dulu hingga ke hari ini, peranan kebenaran
melawan kebatilan tidak akan berhenti
selagi tidak ada keadilan. Itulah perang terakhir di dunia ini, sama ada di
Timur, di Barat, Utara atau Selatan.
Sama ada mereka pemimpin dunia, negeri,
pemimpin keluarga atau pun pemimpin yang memimpin dirinya sendiri, semuanya mempunyai
sifat ‘Good and Evil’.Bila agaknya
mereka mahu mencuba mengangkat darjat kemanusiaan yang ada di dalam dirinya ke
peringkat ‘makam’ yang
terpuji?Supaya senang dan dapat menyatukan diri dengan Tuhannya.
Anda
tidak perlu menjadi tukang tilik
atau ahli firasat untuk meramalkan
nasib seseorang atau nasib sesuatu bangsa atau masa depan dunia ini, sekiranya
anda mempunyai pengetahuan mengenai ilmu mengenal diri (Hakikat Insan). Apa
yang anda perlukan ialah berfikir
dan menganalisa dengan fikiran yang rasional tanda-tanda kebangkitan atau
kejatuhan satu-satu kaum dan sesebuah negara.
Kenapa dan siapa penyebabnya.Apa
bezanya mantan Presiden Suharto dan Presiden Saddam Hussein? Atau Hasan Tiro? Di
mana hidup mereka tanpa ‘hati nurani’?
Hasan Tiro |
Suharto |
Kenapa
tiba-tiba nama Hassan Tiro? Sebagai penulis buku ‘politik semasa’, saya tidak
boleh tidak, mesti selitkan apa yang berlaku di negara jiran. Lebih-lebih lagi
ada jutaan rakyat di negara ini berasal dari Indonesia.
Beberapa
tahun dahulu saya pernah ke Acheh membuat penyelidikan mengenai riwayat hidup
Almarhum Teungku Moehammad Daud Beureuh, Presiden Republik Islam Acheh Pertama
1961 untuk menyambung buku saya ‘Revolusi
Istana Dan Rakyat’, kerja itu terhenti kerana sibuk dengan buku politik
semasa.
Bila
timbul pertempuran di Acheh, saya mencari buku dalam perpustakaan saya yang
ditulis oleh Abu Jihad. ‘Hasan Tiro &
Pergolakan Acheh’.
Megawati |
Dengan
perantaraan buku Abu Jihad dan pengalaman saya yang berulang alik ke Indonesia
saya ternampak perbezaan di antara Hasan Tiro dengan Teungku Daud Beureueh,
sebab utama Presiden Megawati terpaksa memberanikan hatinya membuat keputusan
untuk memberhentikan pemberontakan di Acheh.
Berat mata memandang, berat lagi
perasaan mereka yang saudaranya menjadi korban keganasan tentera sama ada TNI atau
GAM, yang menjadi mangsa pembunuhan rakyat jelata yang tidak berdosa.
Perang
AS ke atas Iraq kali ini, menunjukkan bahawa manusia begitu mudah lupa bila kuasa
berada di tangan.Apa lagi bila merasakan diri mereka berkuasa. Mereka jadi “gila kuasa”, “gila harta”, “gila wanita”
dalam bahasa yang mudah hilang akallah
tu! Power corrupt absolute power corrupts absolutely.
Bila hilang
akal pemimpin tidak nampak kesengsaraan yang menimpa rakyat. Mereka tidak
peduli negara hancur, rakyat mati bergelimpangan.
Sejarah
telah membuktikan bagaimana Nabi Musa
a.s menghancurkan empayar Firaun
dan bagaimana Nabi Allah, Ibrahim a.s
dan Nabi Muhammad s.a.w menghancurkan berhala di keliling Kaabah yang disembah
oleh kafir musyrikin dengan mendidik manusia supaya dapat membezakan antara
yang benar dan yang salah.
Mendewa-dewakan manusia yang
tidak ada sifat siddik, amanah, tabligh,
fatanah merugikan diri sendiri.Pemimpin yang baik sentiasa rapat dengan
Tuhan, dia berada di hati rakyat.Rakyat sentiasa bersama dengannya.
Berapa
ramai pemimpin Islam yang Al-Quran menjadi rujukan, akhlak Nabi Muhammad s.a.w
menjadi ikutan?Bolehkah kita namakan setiap pemimpin Kristian, Yahudi atau
Islam sebagai ahli kitab? Apakah
pemimpin yang kita pilih itu benar-benar hidup sebgai ahli kitab?
Dalam
mendefinisikan siapa itu “ahli kitab”,jumhur
(majoriti) ahli feqah bersependapat, “ahli
kitab” ialah mereka yang menganut agama langit iaitu agama Islam, Kristian dan Yahudi.
Mazhab Syafie hanya mendefinisikan
‘ahli kitab’ sebagai keturunan
Yahudi dan Ortodoks Kristian dari sekitar Tanah Arab termasuk Palestin, Iraq, Syria,
Lebanon, Iran, Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Habsyah (zaman Najasyi).
Mereka ini adalah ‘ahli kitab’ yang
asal.
Kebetulan
semasa menyiapkan penutup, anak saya Habib Omar Alattas menghulurkan satu buku
kecil yang bertajuk “Follow Jesus or Follow Paul?” oleh Dr.Roshan Enam diterbitkan
oleh SABA Islamic Media. Saya tertarik ayat Al-Quran dipermukaan
buku itu.
“…and nearest among
them in love
To the believers you
will find those who say,
‘We are Christians’:
Because amongst these
are men who are
Devoted to learning
and men
Who have renounced
the world,
And they are not
arrogant.”
(Quran, 5:82)
Nabi
Isa a.s mengajar umatnya supaya menyayangi jiran tetangga seperti mereka
sayangkan diri sendiri.Orang Islam dan Kristian tidak sepatutnya bermusuh.
Jika
kita melihat ijtihad Syafie, maka kita tidak boleh memakan sembelihan penganut
Yahudi dan Kristian di UK dan di AS. Sebab itu di Malaysia, kita umat Islam yang
mengikut mazhab Syafie, tidak memakan sembelihan orang Cina atau India
Kristian. Apakah kita tidak makan kerana kita‘geli’ atau kita takut dosa?
Ada
orang Melayu hari iniyang minum arak, menerima rasuah, kasi anak isteri makan
dengan wang yang dia tahu tidak halaltapi tidak berani makan babi.Saya rasa
kerana babi dipandang geli dan jijik.Ramai lelaki Islam yang tidur dan
berseronok denagn perempuan yang makan babi, berkucup mulut dan bermacam-macam
lagi tidak pula berasa geli.
Qaradawi dalam Fatawa Mu’asirat, Vol.2 menjelaskan gelaran ‘ahli kitab’ merujuk
kepada kaum yang pernah diberi kitab samawi iaitu Taurat dan Injil.Gelaran
‘ahli kitab’ ini tidak pernah dimansuhkan oleh Al-Quran hinggalah wafat baginda
s.a.w.
Apakah kita semua ini ‘ahli kitab’? Kitab
apa yang kita ikut? Ilmu ambil ikut tingkap
atau pintu?Siapa gedung ilmu dan
siapa pintu ilmu?
Sebahagian
besar masyarakat di Barat kini bukan lagi ahli kitab.Bahkan kalau ditanya,
mereka mengakui mereka adalah atheist,
tidak lagi menjalankan kehidupan sebagaimana ajaran Kristian atau
Yahudi.
Bolehkah Bush dan Blair dianggap ahli
kitab?Yang jelas dalam dollar Amerika ada tertulis ‘In God We Trust’.‘Yakin’
dan ‘percaya’, dua benda yang tidak
sama, dan England masih bertopeng pada mazhab Katholik.
Istilah
“ahli kitab” merujuk kepada
seseorang yang pakar (ahli) dalam menghuraikan kandungan kitab yang menjadi
pegangan agama mereka (Taurat, Zabur, dan Injil).Adakah orang Islam yang
mengamalkan Al-Quran sepenuhnya di Malaysia?
Masalahnya
kini, mereka bukan ‘pakar’ bahkan membaca
kitab pun tidak pernah (sebahagiannya).Maka tidak hairanlah kita dunia berada
pada tahap yang paling rendah dari segi kemanusiaanapabila manusia menolak dan
menentang fitrah dan undang-undang yang sudah ditetapkan dan menghadapi
kerosakan dan kehancuran seperti hari ini.
Penghayatan
terhadap agama terlalu lemah, berzina, meminum arak, mencuri, rasuah,
memfitnah, berjudi, zalim, tidak adil, dilakukan secara berleluasa oleh
kebanyakan mereka yang mengaku ‘ahli agama’.Air yang keruh di hulu mustahil jernih di hilirnya.Ketuanya kena
betul dulu.
Menurut
Qardhawi, rasional kenapa kita boleh makan makanan ‘ahli kitab’ dan mengahwini wanitanya menunjukkan betapa rapatnya
hubungan kita yang disatukan dalam rumpun
sama wiyat (perantaraan wahyu dan
nabi-nabi yang serumpun daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s)
Pandangan
Imam Syafie dalam mendefinisikan ahli
kitab sudah jelas dan diterima pakai oleh umat Melayu di Malaysia. Umat
Melayu sudah diasuh untuk 'berasa loya' menelan
makanan yang tidak disediakan oleh orang bukan Islam terutama babi, tapi bila
nampak ada tanda ‘halal’ telan, sepah, tidak tengok kiri kanan, ‘bismillah’ pun tidak sempat, rezeki mana
boleh tolak.
Kalau
diberitahu halal memakan sembelihan Yahudi dan Kristian, kita masih ragu dan
rasa berat menelan makanan tersebut.
Tetapi makan harta anak yatim, makan hasil
hutang orang tidak bayar, makan dari rezeki yang sepatutnya bekerja lapan jam cuma
bekerja empat atau lima jam tidak terasa haram, tidak terasa berdosa, makan
mewah-mewah, taukeh tidak bayar gaji pekerja, tidak rasa berdosa dan bersalah
tetapi kita bila ada orang yang makan di Kentucky, di McDonald, minum ‘coke’,
dikutuk memihak pada Yahudi yang mahu membunuh orang Islam.
Hisap rokok milik
Yahudi tidak apa. Apa punya Islam, mentang-mentanglah ada kopiah atas kepala.
Berbeza
dengan orang Arab yang dibesarkan dengan mazhab yang longgar terhadap makanan
ahli kitab, maka apabila mereka berada di Eropah atau di AS, mereka tidak menghadapi
masalah untuk makan.
Bagi orang Wahabi, ziarah kubur, mengadakan maulud,
memuliakan mereka yang ada karamah,
mempercayai hal-hal yang berkaitan kerohanian, semuanya syirik dan khurafat.
Umat
Islam yang disatukan oleh Muhammad s.a.w dipecah-pecahkan oleh puak Wahabi.Hingga
ke hari ini, umat Islam masih belum dapat disatukan kerana sikap ego dan sombong pemimpin dan ulama mereka, tetapi suruh orang ramai
bersatu.
Nak bersatu macam mana, jika air
di hulu keruh, di hilir macam mana nak jernih?Pemimpinlah yang sepatutnya
menjadi ‘role model’. Ini pemimpin
sama sendiri pun asyik berperang, berebut kerusi, berebut projek, akhirnya air di Sabah kering kontang, smeuanya
masuk dalam kocek pemimpin. Ini contoh di Sabah pula.
Yang kuat menekan yang lemah, akhirnya hidup
mereka jadi lebih hina dari haiwan.Manusia sudah lupa asal usul ‘fitrah’nya
kerana mereka lupa sifat-sifat kebiasaan dan fitrah kelahirannya sebagai anak suci yang tidak berdosa.
Akhirnya
dosa telah memakan dirinya sendiri, bila mati namajadi lebih busuk dari bunga Rafllesia, sudah hilangnya jawatan dan
hilang kuasa, muka ‘one cent no use’.
Manusia
sebagai makhluk ciptaan Allah yang berakal dan berbudi tinggi, telah menjadi
buas dan serakah dari serigala, harimau, ular, babi hutan atau binatang-binatang
buas lainnya.
Mereka terlupa pada agama yang menjadi pegangan mereka. Kesian..akhirnyagajah-gajah di Sabah menjadi kecil
dan kurus sebab tidak adanya makanan. Hutan-hutan
habis ditebang.
Terlalu ramai penyangak
dan penyamun kayu balak…! Tapi bila
Datuk Jeffrey Kitingan hendak masuk UMNO ditolak, tolak pasal apa? Takut dengan
bayang-bayang sendiri.
Manusia
menuduh harimau sebagai binatang buas tetapi terlupa dengan pemburu harimau
yang hari-hari mau..mau punya hari..hari
mau..! selain haiwan, manusia juga ikut dibahamnya. Ada ke Datuk Jeffrey
hendak masuk UMNO diminta satu juta?
Tetapi ada orang diberi RM 3.00 kalau boleh
hendak tambah ahli akhirnya dilanyak oleh akhbar.Di mana letak keadilan?Nanti
Jeffrey masuk parti Keadilan baru tahu. Pelik sungguh pucuk pimpinan UMNO Sabah.
Manusia
juga sering menuding jari ke arah haiwan dan menyalahkannya terhadap sesuatu
perbuatan yang tidak baik. Haruan
dituduh makan anak, ibu ayam
disindirnya sebagai barua, ular dituduh lidah bercabang, akhirnya burung kakak tua pun ketawa…“Ha..ha..cerminlah
muka, cerminlah muka, siapa sebenarnya talam dua muka?
Sedarlah sikit, siapa
yang sebenarnya lidah bercabang, siapa yang merogol anak sendiri dan siapa yang
meliwat? Binatang tidak buat kerja macam itu..!”
Allah SWT berfirman bahawa penyebab kerosakan di muka bumi ini adalah manusia sendiri.Hal ini
berlaku disebabkan ‘hati nurani’(conscience) tidak berfungsi, tunduk
pada nafsu keserakahan sentiasa berada di tahap ‘Nafs Al-Amarah’.
Maka terjadilah perang, pembunuhan, penindasan,
perompakan dan penaklukan. Tamak yang menggila, dapat saja kuasa bukan lagi 10 peratus, tapi 70 peratus untuk diri, yang lemah, kalau nasib baik dapat 30 peratus, kalau tidak gigit jari lah tu..!
Sebab itulah di
Malaysia paling banyak orang gila di
Sabah…! Kasihan..kasihan..kasihan Jeffrey Kitingan jadi mangsa keangkuhan
dan kesombongan.
Mencintai
Nabi s.a.w tidak cukup hanya dengan mendabik dada mengaku sebagai ‘Ahlul Sunnah Waljamaah’.Tidak cukup
sekadar mengaku Muhammad s.a.w pesuruh Allah ketika mengucap.
Tetapi cinta
kepada Nabi s.a.w harus dibuktikan dalam kehidupan yang berakhlak, tidak
berdusta, tidak memfitnah, menindas yang lemah, makan harta anak yatim, kebas
duit khairat, rasuah, berpuak-puak, main betina, main jantan, hidup dalam
kebodohan, tidak mahu membaca melainkan cerita yang suka didengar dan
menguntungkan saja.
Si pemalas nak
cepat kaya, sang pemimpin nak kekal
berkuasa, sang ulama menjual
agama..! kasihan…! Inilah neraka
dunia!..Kasihan..
Orang
Islam tidak perlu berasa kecewa dan malu. ‘Bodoh’
merasakan kekalahan Saddam Hussein sebagai kekalahan umat Islam.Saddam telah
menjadi khadam pada nafsunya.Saddam sebenarnya ‘orang gila’.Saddam dan Islam dua
subjek yang berbeza. Islam dan manusia yang mengaku pemimpin Islam tidak
sama.
Kita dilarang menghina Islam
begitu juga kita tidak boleh membiarkan mereka bertopengkan Islam merosakkan Islam.Samalah juga apabila Taliban dikalahkan oleh Perikatan Utara yang disokong oleh AS.Saddan dan Islam tidak sama.
Orang
Islam tidak perlu rasa kecewa sebab Arab di kelilingi oleh Iraq yang menyebelahi
Amerika.Saddam dulu pun jadi khadam
Amerika.
Hanya orang yang kejam macam Bush saja yang
boleh ajar manusia yang kejam macam Saddam.Ini semua hikmat yang tidak nampak
oleh manusiayang buta hatinya.
Dunia
Islam berpecah dan lemah. Malah Kesatuan
Eropah (EU) kelihatan jauh lebih kuat jika dibandingkan dengan OIC. Bukan
saja mereka maju tetapi mereka bersatu. Mereka memberi keutamaan kepada euro dollar.
Dunia Barat juga dilihat
kuat kerana bersatu di bawah pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC) berbeza dibandingkan dengan NATO dan EU. Alangkah
baiknya jika OIC diperkasakan supaya menjadi seperti EU dan bergabung dalam satu pakatan tentera seperti NATO.
Barulah dunia Islam dapat berdiri
dan berdepan dengan Amerika! Sayangnya OPEC yang majoriti ahlinya negara-negara
Islam yang memperkukuhkan Dollar Amerika,
kalau tidak Amerika sudah jadi macam Mexico.
Kesilapan
bangsa Arab selama ini disebabkan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin mereka yang lebih takut kepada AS daripada Allah SWT.Duduk
di sekeliling Kaabah di Tanah Haram, tapi tidak takut Allah.
Mereka dijahanamkan
oleh keluarga As-Saud, Wahabi yang
bertopengkan Ahli Sunnah sebenarnya berkiblatkan Amerika.Siapa pelindung
rakyat Iraq, Palestin, Kuwait, Qatar, Afghanistan dan Turki?
Tidak lain dan
tidak bukan pemimpin yang menjadi boneka
kepada Yahudi dan Amerika. Macam mana kita nak menang berperang dengan musuh dalam selimut?
Dalam
UMNO sendiri pun banyak musuh dalam selimut.Dr. Mahathir kata ada kumpulan
serpihan yang mendesak dia supaya berhenti dengan segera. Sepatutnya Dr.
Mahathir sembur gas pemedih mata,
baru orang tu kelam kabut keluar
dari dalam selimut…!
Dr.Said Muhammad Ramadan Al-Buti |
Dr. Said Muhammad Ramadan al-Buti dalam bukunya ‘As-Salafiah Marhalah Zamaniah Mubarakah La
Mazhab Islami’.Mengkritik pergerakan
Wahabi kerana beliau menganggap bahawa ia menjadi punca pecah-belah umat Islam
di seluruh dunia.
Ulama Syria terkenal itu menulis: “Perkara pertama yang menyebabkan pelbagai
kerosakan yang teruk menimpa umat Islam ialah kemunculan kekacauan bidaah yang memukul kesatuan orang
Islam, menghancurkan perpaduan mereka dan mengubahkan kerjasama mereka kepada perbalahan dan percakaran.
Semua orang menyedari bahawa tiada sebuah kampung pun
di setiap pelosok dunia Islam yang tidak terkena serpihan malapetaka itu, yang
menyebabkan perpecahan dan huru-hara berlaku di kalangan umat Islam.
Bahkan saya
tidak melihat dan mendengar mengenai kebangkitan rasa optimis, kecuali melihat
dan mendengar pula brita-berita kekacauan yang amat dahsyat hingga menyebabkan orang Islam tenggelam dalam
lautan kecewa dan putus asa.”
Yang
dimaksudkan oleh Dr. Ramadan Al-Buti mengenai
berita-berita kekacauan yang amat dahsyat merujuk apa yang dilakukan oleh puak Wahabi dalam memecah-belah umat
Islam seluruh dunia.
Mudah-mudahan cara pecah perintah ini tidak berkembang di
Malaysia. Semoga Malayia menjadi sebuah negara yang aman makmur dan mendapat
keampunan dari Allah.
Walau
apapun tanggapan penentang terhadap Dr. Mahathir Mohamad, beliau telah
membuktikan keupayaannya sebagai pemimpin yang menjadi jurucakap bagi pihak
negara-negara Dunia Ketiga.
Perlantikannya sebagai Pengerusi NAM, sekaligus mengiktiraf peranan Dr. Mahathir yang
selama ini begitu lantang menyuarakan hak kepentingan negara-negara Dunia
Ketiga di peringkat antarabangsa dalam menghadapi cabaran orde dunia hari ini yang bersifat hegemonistik yang didominasi oleh kuasa kapitalis Amerika Syarikat
yang dilihat tidak adil.
Kalau ada lebih ramai lagi pemimpin yang berani macam
Mahathir, kita tidak perlu tunduk kepada sesiapa pun.Tidak perlu takut, cuma
takut pada Allah saja.
Firman
Allah: Sesungguhnya umat ini adalah umat kamu yang satu dan Aku adalah Tuhan
kamu maka hendaklah kamu mengabdikan diri kepada-Ku
(Surah Al-Anbiya, ayat
92)
Kehadiran
Muhammad s.a.wtelah mengumpulkan bangsa-bangsa menjadi satu ikatan yang kuat
dan kukuh tanpa adanya perbezaan suku dan warna kulit, tidak ada ahlul sunnah,
tidak ada Syiah, yang ada Islam. Seluruhnyasama iaitu satu saudara seagama,
tidak ada Timur dan tidak ada Barat.
Allah memerintahkan orang yang beriman
supaya bertaqwa kepada-Nya dan jangan mati melainkan dalam keadaan taqwa dan semulia-mulia manusia ialah mereka yang
bertaqwa.
“Manusia
diperintahkan pula supaya berpegang teguh dengan tali Allah dan dilarang keras
bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah terhadap mereka di waktu mereka dalam
keadaan bermusuhan lalu dimesrakan di antara hati mereka jadilah mereka dengan
nikmat Allah itu (agama-Nya).”
Begitulah
akan ayat 102 hingga 103, surah Ali Imran. Khalifah Ali pernah menghantar Ibnu
Abbas sahabat rapat Rasulullah s.a.w yang terkenal itu untuk membetulkan
kembali pandangan ekstrem di
kalangan kaum Khawarij kepada kesederhanaan dan kewarasan ajaran
Islam.Golongan Khawarij ini terkenal
dengan sikapnya yang keras hati tidak mahu kembali bersatu dalam barisan jemaah
majoriti umat Islam.
Mereka terlalu taksub dengan fikiran dan perasaan
masing-masing yang sudah jauh kesesatannya sehingga sanggup menuduh saudara
yang seagama dengan mereka sebagai kafir.
Di kalangan
mereka ada yang sengaja merangka mazhab yang ekstrem sebagai mazhab Khawarij dan Muktazilah. Menurut pendapat mereka,
siapa saja yang melakukan dosa besar, mereka akan menjadi kafir.
Imam Hasan al-Basri r.a menganggap dan
menamakan mereka ini sebagai kumpulan serpihan dan terasing dari kumpulan
jemaah majoriti umat Islam. Para ulama ‘Ahli
Sunnah’ telah bersepakat memberi amaran dan melarang keras terhadap tindakan
mengkafirkan saudara sesama Islam.
Jangan mudah terpengaruh dengan kumpulan
yang cuba membawa dalil Al-Quran dan hadis yang bertujuan untuk memecah-belahkan
perpaduan umat Islam.
Perpaduan adalah
satu-satunya benteng kekuatan yang masih ada untuk mempertahankan maruah dan
nasib umat Islam di dunia ini kerana kekuatan-kekuatan yang lain seperti
kekuatan ilmu pengetahuan, kekuatan ketenteraan, kekuatan ekonomi dan lain-lain
sudah robohdan runtuh.
Mari kita beristighfar.Kita muhasabah diri kita,
kita perangi Nafs Al-Amarah dan naik
ke peringkat Nafs Al-Lawamah.
Datuk
Ling Liong Sik dan Datuk Lim Ah Lek sudah letak jawatan, MCA sudah bersatu.Itu
sebabnya Nabi suruh tuntut ilmu sampai ke negeri Cina. Kita silap,pergi
tuntut ilmu dengan orang Wahabi di Arab Saudi, negara yang diperkudakan dan
menjadi boneka Amerika dan Yahudi. Itulah
susahnya orang kita, orang suruh ikut Nabi kita ikut Wahabi.Dr. Mahathir suruh
kita pandang ke Timur, ada orang kata Mahathir kafir.
Mereka suruh pandang Timur
Tengah. Hendak belajar apa dari Kerabat diraja Arab Saudi..! Akhirnya kita ke tepi tidak, ke
tengah pun tidak. Bengonglah.. tu..!
Perempuan
Amerika dan sekutunya terhadap Iraq telah membuka tembelang siapa sebenarnya
Saddam dan siapa Bush dan Blair. Bila orang Melayu nak buka mata dan melihat
siapa Anwar Ibrahim sebenarnya? Ini tidak, asyik hendak cari salah Dr. Mahathir
saja. Adil ke kita? Kalau merasa diri bersalah tinggalkan sajaparti Keadilan dan kita bersatu semula dalam
UMNO.
Dajal akan dibinasakan bila Nabi Isa a.s turun bersatu dengan Imam Mahdi menghancurkan dajal-dajal tersebut. Yahudi berada di
dalam ketakutan, sebab itu mereka ajak semua orang memerangi orang Islam. Yang
peliknya ramai pemimpin Islam yang setuju..Bengong..nak
kena bala dari Tuhanlah tu…!
Kita
bukan tidak tahu siapa sebenarnya pengganas dan pengancam keselamatan dunia,
tetapi jari tetap menunjuk ke arah orang Islam yang tidak berdosa, akibat kita
bercerai berai, akhirnya kita tidak boleh berbuat apa-apa.
Dunia juga macam kucing dengan tikus.Kucing yang rakus
akan memakan setiap tikus, hingga tikus terpaksa bersidang memikirkan siapa di
antara tikus yang berani menyarungkan loceng di leher sang kucing! Inilah nasib
umat Islam di seluruh dunia di tangan Yahudi Amerika.
Di Malaysia pula orang
Melayu macam kucing dengan anjing, asyik hendak bergaduh saja, yang untung
tikus.
Sebab
itu Amerika hari ini boleh berlagak seperti seorang teenage bully kerana raja dan para pemimpin Arab akhlaknya sudah
rosak hingga tidak nampak natijah serta ‘impak’
daripada tindakan Amerika sebagai Big Bully.Sepatutnya
raja-raja Arab tidak boleh membiarkan manusia yang rakus dan dahagakan darah
seperti Bush dan Collin Powell terus bermaharajalela.
Mereka pun dua kali lima,
malah lebih teruk lagi. Namun siapa yang berani melabelkan As-Saud sebagai “The Ugly Arab”? Nak mampus! Sampai bila tidak dapat
naik haji..!!
Apakah jika tidak dapat naik haji, tidak
boleh masuk syurga..? Masuk syurga kerana rahmat Allah, bukan kerana ibadat
kita..!
Keganasan
global yang semakin melebur sekarang ini berkait rapat dengan Amerika yang
dianggap sebagai juara demokrasi dan hak asasi manusia oleh dirinya
sendiri.Amerika kini dilihat sebagai penganjur utama kearah keganasan global
kerana mereka adalah satu-satunya negara yang mempunyai peruntukan
undang-undang berkaitan terrorisme,
tapi mengamalkan sikap ‘double standard’.
Lahirnya
pengebom berani mati ini adalah menepati hukum ‘action’ dan ‘reaction’.Amerika
mencetuskan ‘action’ dan mereka
mencetuskan ‘reaction’. Ketika saya
sedang menulis buku ini, pengebom berani mati mengebom LapanganTerbang Antarabangsa Riyadh dan semasa buku ini diedit
sebelum dicetak, kota Morocco pula
digegarkan oleh pengebom berani mati ini.
Kedua-dua insiden ini telah
mengorbankan rakyat Amerika yang tidak berdosa. Inilah yang dikatakan oleh Isaac Newton, for every action, there is an equal and opposite direction.
Menurut
ruangan Bisik-bisik di Mingguan Malaysia, 18 Mei, 2003, “Bahawa pengeboman itu berlaku di Arab Saudi
yang bergantung kepada Amerika Syarikat untuk melindunginya, bukan sesuatu yang
memeranjatkan.Mungkin juga tindak balas ke atas sebuah negara Islam yang
bersekongkol dengan Amerika Syarikat.
Bila membaca berita serangan berani mati itu
di mana 10 orang rakyat Amerika terbunuh, teringat terus Awang kepada satu
pendapat yang mengatakan bahawa penaklukan Iraq akan menjadi permulaan kepada
perubahan pemerintahan di Asia Barat, khususnya di Arab Saudi. Arab Saudi
didakwa menjadi sarang golongan pelampau.
Jangan lupa, Osama bin Laden berasal
dari negara itu. Setiausaha negara Amerika, Colin Powell, yang kebetulan berada
di Arab Saudi, dengan cepat menuduh Al-Qaeda manakala bosnya, Presiden Bush
berikrar akan memburu mereka yang bertanggungjawab.”
Kos
peperangan yang besar pasti akan meruntuhkan ekonomi Amerika yang semakin
lemah. Nasib baik mendapat pertolongan dari Arab Saudi.
Dana awam yang
dikumpulkan hasil daripada cukai yang dikenakan ke atas rakyat Amerika telah
hangus begitu saja di Iraq dan tidak semudah itu mereka boleh takluk Iraq
dengan adanya 10 ribu orang tentera
berani mati dan Saddam yang diberitakan sedang bersembunyi dalam buangan
akan cuba berkuasa kembali.
Ini semua ‘sandiwara’ Amerika seperti pelakon Osama bin Laden yang dijadikan penjahat
‘terrorist’.
Budaya
terrorisme yang sememangnya telah
berakar umbi di dalam kehidupan Amerika Syarikat berkesudahan dengan tragedi
yang nyata memakan diri mereka sendiri bila mereka berhadapan dengan tentera
berani mati.
Umat Islam dari pelosok dunia yang pada mulanya menunjukkan perpaduan
menyokong Saddam dalam menghadapi serangan pihak Amerika dan sekutu jadi
bingung bila mendapati Saddam bertopengkan Islam itu hidup macam Firaun,
melainkan mereka yang macam lembu cucuk
hidung, macam burung kakak tua.
Memang
di setiap negara dalam semua zaman, akan ada manusia yang macam Firaun, ada manusia macam Musa a.s dan ada manusia yang macam Ibrahim a.s, ada Habil dan Kabil sekalipun
dalam negara yang mengaku negara Islam, pertubuhan yang mengaku Islam dan parti
yang mengaku Islam.
Empat
kelemahan demokrasi salah satunya ialah pemimpin biasanya dipilih dan diikuti
kerana faktor-faktor yang tidak relevan, tidak diperlukan sama sekali. Biasanya
pemimpin dipilih sebab pandai berpidato, punya kekayaan serta juga latar
belakang keluarga.
Jarang sangat orang memilih pemimpin di kalangan mereka yang
bijak dan adil.Seperti Plato
memimpikan munculnya “the wisest people”
sebagai pemimpin ideal di sesuatu negara.
“The wisest people are the best
people in the state, who would approach human problems
with reasons and wisdom derived from knowledge of the world of unchanging and
perfect ideas.” Plato (420-347 BC)
(bersambung)
dari Kabinet April Fool, 2003
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.