Friday, September 21, 2012

Bongkar insiden mata lebam Anwar 20 September - diterbitkan oleh PBO™

KUALA LUMPUR 20 September: Sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno-BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 20 September 1998, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

“Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” katanya merujuk insiden mata lebam melibatkan Anwar ketika dalam tahanan polis. 


Katanya, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.

“Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA. “Pegawai tertinggi Polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.

Pada malam 20 September 1998, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas Polis yang menerima arahan kerajaan Umno-BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu. 


Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno-BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan. 


 “Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri,” katanya.

Katanya lagi, Umno-BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah 2. 


 “Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat dibawah Umno-BN.

“Ia takkan selesai, sehinggalah penglibatan Umno-BN dibongkar dan didedahkan, manakala langkah-langkah reformasi dikembalikan ke tempatnya,” tegasnya. KD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.