JOHOR
BAHRU – Keadaan UMNO-Barisan Nasional (BN) negeri ini dilihat semakin
kritikal setelah kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besarnya, Datuk
Abdul Ghani Othman yang serius ingin mempertahankan 26 kerusi di Johor.
Perkara
ini dinyatakan secara tegas oleh Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS
Johor dengan katanya, UMNO boleh berbangga dengan kesetiaan penyokongnya
di kawasan luar bandar.
Bagaimanapun, UMNO wajar ‘berpijak di bumi yang nyata’ kerana kawasan di bandar lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).
Suhaizan
berkata, daripada 1.5 juta yang diwar-warkan oleh penyandang DUN Serom
itu sebagai anggota parti bukan semuanya memberikan komiten kepada UMNO.
”MB Johor YAB Dato’ Abdul Ghani Othman berkata separuh pengundi (1.5) juta adalah anggota BN.
”Parlimen di kawasan kampung memang hampir separuh anggota BN tapi tidak di kawasan bandar.
”1.5 juta anggota BN Johor belum tolak anggota yang telah, sedang dan akan khianat kepada BN dalam PRU 13.
”Dalam tangan saya sahaja sudah beratus anggota BN Johor akan berjanji akan tolak BN dalam PRU 13,” katanya lagi.
Suhaizan
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan akhbar Pengerusi BN negeri
yang bertekad ingin mempertahankan kesemua 26 kerusi parlimen yang
menjadi sumber kekuatan kepada BN menubuhkan kerajaan di Putrajaya.
Ghani
dilaporkan berkata, BN Johor turut berikrar untuk bekerja keras dalam
memastikan sokongan padu diraih dari segenap pelusuk negeri.
Dalam
pada itu, Pakatan Rakyat melalui kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin
Ayub sebelum ini menegaskan pembangkang menyasarkan 18 kerusi parlimen
akan jatuh ke tangan mereka pada Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.
-selatanonline- /Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.