Monday, September 24, 2012

16 ADAB DOA YANG DI MAKBULKAN


Bismillaahirrohmaanirro hiim....
AssalaamuA`laikum warohmatullaahi wabarokaatuh,

))===*16 ADAB DOA YANG DI MAKBULKAN*===((

SAHABAT DAN ANAK-ANAKKU FILLAAH SEKALIAN...

Ramai di Kalangan Kita Sering BerDoa, Akan Tetapi tidak pula Menjaga Adab-adab Berdoa Tersebut.

Maka dari Kerna Itulah Kenapa Doa Itu TIDAK di MAKBULKAN ALLAAH subhaanahu wata`ala,

Dan Di sini saya Telah Menaipkan 16 Adab-adab Berdoa agar Doa Kita Di Makbulkan Oleh Allaah subhaanahu wata`ala, Kelak, Insya Allaah...

Maka Marilah Kita Sama-sama Menjaga Adab Berdoa Tersebut, Agar Dapat MAKBUL-NYA.....

1= Mulakan dengan puji-pujian terhadap Allah dan selawat. Sudahi doa dengan kedua-duanya.

2= Tekun dan doa berterusan tanpa berputus asa.


3= Berdoa dengan suara perlahan atau sederhana.


4= Merendah diri semasa berdoa, bertaubat kepada Allah dan bersyukur atas nikmat-Nya.


5= Tidak menggunakan bahasa berbelit atau sukar difahami semasa berdoa.


6= Mengulangi doa sebanyak 3 kali


7= Menghadap Qiblat.


8= Mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa.


9= Berwuduk terlebih dahulu.


10= Mendoakan Ibu/Bapa dan diri sendiri terlebih dahulu sebelum mendoakan orang lain.


11= Berdoa dengan bertawasul menggunakan nama Allaah yang mulia dan sifatnya yang Maha Tinggi.


12= Berdoa dalam keadaan fizikal bersih dari segi pakaian atau makan minum.


13= Membaca syahadah dan meminta ampun terlebih dahulu (istighfar).


14= Rendah diri, tawaduk, tawakal serta bertakwa.


15= Memilih tempat yang sesuai atau mustajab.


16= Berdoa dengan doa yang pernah diamalkan Rosuulullaah.


WALLAAHUA`LAM...BISSHOWAB...Yang baik semuanya Untuk Allaah... dan mana ada kesalahan dan kesilapan pada tulisan itu adalah dari Sifat Kelemahan saya sendiri sebagai Makhluk-NYA.... Hanya Kepada-NYAlah akan saya memohon Keampunan dengan sepenuhnya.. Insya Allaah... aamiin...

SILAKAN DITAG/SHARE BUAT TEMAN-TEMAN SEMOGA BERMANFAAT, INSYA ALLAAH.... AMIIN...

WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU A`LAIKUM WAROHMATULLAAHI WABAROKAATUH,

Oleh:Ustaz Musa Ali

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.