Wednesday, August 29, 2012

萧亚轩被大马富商刘德祖求婚影片Wedding Proposal by Low Taek Jho to Elva Hsiao





Jho Low curi tumpuan dengan lamaran bergermelapan

[MK] Jutawan ranggi Jho Low kembali menjadi berita hangat apabila beliau menggunakan kekayaannya untuk memikat hati selebriti terkenal, tetapi sia-sia.

Sasarannya tak lain tak bukan penyanyi pop terkenal Taiwan Elva Hsiao.

Akhbar Taiwan Apple Daily menyiarkan berita tersebut selepas sebuah video mengenai lamaran Low dipaparkan.

Akhbar harian itu memetik, video tersebut dimuat turun tahun lalu oleh seorang jurugambar profesional di Britain, Peter Rear di laman perkongsian video Vimeo.com.

Video bertajuk ''Pertunangan Atlantis, Dubai'' itu tidak menyebut siapa dua individu tersebut tetapi meletakkan kapsyen :

''Khabar angin tentang kejutan lamaran pertunangan yang bernilai 1 juta pound (RM4.9 juta)."

Khabar angin mengenai jumlah itu sedikit mengejutkan apabila majlis itu diadakan di pantai persendirian di sebuah resort mewah Atlantis The Palm - hotel terkemuka di pulau Palm Jumeirah, Dubai.

Video berdurasi lima minit dan 27 saat itu memaparkan pasangan tersebut tiba dengan sebuah kereta Rolls-Royce hitam menyusuri pantai, dengan lilin yang dipasang berbentuk hati.


Berkaitan
Jho Low akui kawan baik Rosmah
[KD] KUALA LUMPUR: Jutawan muda penuh kontroversi, Jho Low, mengakui beliau merupakan kawan rapat kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Rosmah (Mansor) bukan mak angkat saya. Beliau adalah kawan baik saya,” demikian jawapan beliau kepada akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, Najib Razak.

Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, 29 lahir di Pulau Pinang dan anak kepada jutawan Larry Low.

Beliau menjadi selebriti terkemuka ekoran kemunculannya berparti dengan aktres kontroversi Hollywood, Paris Hilton dan menjadi laporan muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa.

Laman web Malaysia Chronicle pada Julai lalu mendedahkan, Jho Low memiliki sebuah penthouse di New York yang secara kebetulan dikatakan hanya 10 minit dari syarikat pengeluar berlian, Jacob & Co.

Rosmah sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian bernilai RM24 juta dari Jacob & Co yang dikenali sebagai ‘natural fancy blue-gray cushion-cut’ itu.

Nama Jho Lho sebelum ini turut dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Jun 2010, semasa persidangan Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB.

Bagaimanapun dalam satu wawancara dengan media tempatan, Jho Low enggan mengakui peranannya di sebalik transaksi itu.

KEADILAN sebelum ini mendesak kerajaan menjelaskan kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta itu.

Selain itu, Jho Low juga dikatakan memainkan peranan utama dalam UBG Bhd iaitu syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau dikatakan mendapat tempat di kalangan tokoh perniagaan, ekoran hubungan rapatnya dengan pelabur dari Timur Tengah. (27.9.2011)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.