SHAH ALAM
– Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan beliau
tidak ada niat untuk masuk Umno, sekali gus menafikan tanggapan banyak
pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Datuk Seri Najib Tun
Razak kelmarin sebagai tanda akan melangkah ke parti teras Barisan
Nasional (BN) itu.
“Tiba-tiba dikaitkan dengan
saya akan masuk Umno.Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara
terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap
semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman
termasuk lah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam
sebagai saudara saya seinsan.
“Perbezaan
pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak
memikirkan maslahat ummah,” kata beliau dalam satu kenyataan petang
ini.SH
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.