KUALA
LUMPUR: Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media
kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik
kotor Umno.
Beliau
kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam
merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya,
Mohamed
Azmin Ali.
Azmin Ali.
“Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri.
“Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam.
Beliau
merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya
kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.
Azwan
percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno
bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.
“Kesian
juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi
Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya,” tulis Azwan merujuk adik
perempuannya itu.
Namun,
beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan
Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai
‘jijik’.
“Slm.
Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan
kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin,” tulisnya.
Ini
bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ‘ Ada aku
kisah?’ dan ‘Amboi amboi amboi…’, menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret
ibu mereka ke kancah politik.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34834
KUALA
LUMPUR: Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang
lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama
terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya
sendiri, Azwan Ali.
Sejak
akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam
konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau
tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.
Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sikap
Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada pilihan raya kecil. Terbaru,
ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya Merlimau, beliau memberi
amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar merupakan seorang
individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.
Dalam
SMSya kepada KeadilanDaily.com, Azwan mengingatkan kakaknya bahawa
seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. “Tak
takut azab neraka ker?” kata Azwan.
Sehubungan
itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya
membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.
“Bersihkan
dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan
darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya,” tambah
Azwan.
Pada
September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah
surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya
yang suka melakukan fitnah.
Mimpi Senja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.