Wednesday, August 29, 2012

Selangor Cemerlang Di Bawah Pakatan Rakyat Berbanding BN


Semasa mentadbir Selangor, BN tidak memberikan air percuma, tidak ada skim khairat kematian RM2,500, tidak ada hadiah RM1,000 masuk universiti, tidak ada skim anak kelahiran Selangor, tidak ada bantuan tadika, tidak ada skim taska, tidak ada pemeriksaan kesihatan percuma, tidak ada skim pembiayaan perniagaan Mimbar, tidak ada kebajikan kepada rakyat. Pendek kata tak de apa-apalah...rakyat dapat habuk jer....
Tetapi mengapa rizab Selangor sewaktu BN memerintah hanya berjumlah sekitar RM300 juta sedangkan apabila Pakatan Rakyat berikan berbagai kebajikan kepada rakyat Selangor termasuk air percuma, tiba-tiba rizab kewangan meningkat mencecah melebihi RM2 bilion...

P/S : Nilah beza mereka yg bijak mentadbir dgn mereka yg kaki rasuah dan suka berniaga dgn rakyat....tak nampak lagi ker....














Laporan Audit puas hati prestasi kewangan Selangor

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam secara umumnya berpuas hati dengan prestasi kewangan yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah memuaskan,” laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu dipetik.

Menurutnya, Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta (20.2 peratus) kepada RM1,586.88 juta pada 2010.

Bagaimanapun hasil kerajaan negeri berjumlah RM1,571.50 juta menurun RM192.36 juta berbanding 2009 sebanyak RM1,763.86 juta.

Perbelanjaan mengurus pula menurun sejumlah RM382.56 juta menjadi RM1,447.26 juta, sekaligus menunjukkan perbelanjaan berhemat yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam laporan itu juga dinyatakan kerajaan negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil berjumlah RM99.87 juta kepada RM502.05 juta berbanding tahun sebelumnya.

“Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat dapat membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan kerajaan negeri,” laporan itu dipetik.

Namun, pulangan atas pelaburan jangka panjang yang dilakukan tidak memuaskan di mana secara purata, kerajaan Selangor hanya mendapat pulangan dividen sejumlah RM5.89 juta (1.6%).

Manakala pencapaian pengurusan kewangan jabatan dan agensi negeri pula, secara umumnya dicatatkan berada pada tahap sangat baik, jelas laporan itu.

Analisis Audit menunjukkan pada tahun 2010, baki hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan menurun sejumlah RM58.91 juta (5.5%) menjadi RM1,004.64 juta berbanding RM1,063.55 juta pada tahun 2009.

Penurunan ini disebabkan Kerajaan Negeri telah membayar balik hutang sejumlah RM58.91 juta bagi menjelaskan pinjaman bagi Rumah Awam Kos Rendah dan Projek Ladang Hutan masing-masing sejumlah RM52.42 juta dan RM6.49 juta.

Dalam rumusannya, Kerajaan Negeri disyorkan supaya meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut.

“Kerajaan Negeri juga hendaklah mengambil tindakan terhadap syarikat subsidiari Kerajaan Negeri bagi mendapatkan pulangan dividen terhadap pelaburan yang dibuat,” jelasnya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.