Tuesday, August 28, 2012

PRU 13!!! PAS mampu menang 16 Dun, PKR 12 Dun di Perak

  Data diatas hanya mengambilkira pengundi Melayu, Cina dan India. Undi Asli dan Pos tidak diambilkira. 

Setelah dikira  dari sentimen semasa secara keseluruhan iaitu Melayu 36%, Cina 80% dan India 40% (lebih cantik jika mampu dapat lebih) maka peratus keseluruhan adalah seperti di ruangan berwarna kuning.

Kekurangan dan kelebihan adalah berdasarkan % undi yang diperolehi BN dalam PRU 12.

PKR= 12 DUN
PAS= 16 DUN (jika DUN Lintang diandaikan sebagai DUN PAS)

Untuk PAS, jika dapat membaiki beberapa kesilapan yang telah di paparkan , kemungkinan untuk menang kemungkinan besar dapat mencecah 90%.
Untuk PKR, kemungkinan besar cuma 55% selagi tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah di cabang-cabang (Masalah PKR tuan2 dipersilakan paparkan di ruangan komen. tq)

Semakin ke bawah, kerja-kerja yang perlu dilaksanakan semakin berat!
Akhirkata, “TEPUK DADA TANYA SELERA”. Kejayaan mendapatkan semula negeri terletak di tangan tuan-tuan! Jangan tamak mengejar jawatan seperti yang telah dipaparkan.
P/S: Untuk DUN2 yang tiada dalam senarai, hanya akan dimenangi sekiranya tuan2 dapat mentadbir negeri dengan baik sekiranya dapat berkuasa semula selepas PRU13 nanti! So, sila study bab pentadbiran yang baik dan berkesan mulai sekarang!The Sniper
PASPB

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.