Umno minta rakyat Kedah tidak ulangi kesilapan lama dalam PRU-13
ALOR STAR, 16 Ogos — Umno Kedah sekali lagi mengingatkan rakyat negeri itu supaya tidak mengulangi kesilapan dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (gambar) berkata kesilapan yang dilakukan pada PRU 2008 perlu ditebus bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.
Beliau berkata rakyat wajar memilih parti yang akan memerintah Kedah dengan bijaksana kerana pakatan pembangkang yang mentadbir negeri ini selepas PRU ke-12 tidak membawa sebarang pembangunan malah kebajikan rakyat tidak terbela.
“Rakyat boleh menilai sejauh mana kerajaan pakatan pembangkang membangunkan negeri. Apa yang mereka laksanakan,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 1,500 warga emas, golongan miskin dan orang kelainan upaya (OKU) dalam kawasan Parlimen Alor Setar di sini hari ini.
Justeru, Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata menasihatkan rakyat memilih parti yang telah membuktikan keupayaan mentadbir negeri dan negara dengan bijak.
“Sebelum ini rakyat memilih pemimpin Umno yang berwibawa bermula dengan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman hingga sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Transformasi yang dilakukan pemimpin Umno jelas memberi kesejahteraan kepada rakyat. Ekonomi negara mantap dan rakyat hidup aman damai,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap bantuan yang disampaikan hari ini dapat meringankan beban golongan tidak bernasib baik membuat persiapan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.