SHAH
ALAM, 20 OGOS: Meskipun beliau dianggap sebagai ‘fighter’ dalam arena politik
negara dan antarabangsa, kehilangan ibu tercinta tatkala berada di dalam
penjara adalah sesuatu yang amat menyentuhi perasaannya.
Demikian
luahan hati Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab satu
soalan dalam program ‘Borak Bersama Anwar’ yang disiarkan di portal video
YouTube baru-baru ini.
Menurut
Anwar, kerinduan terhadap Allahyarhamah ibunya itu semakin terasa setiap kali
menjelang hari raya.
“Ia
bukan sahaja sentimental sebenarnya, tetapi menyedihkan kehilangan ibu semasa
saya dalam penjara.
“Masa
kanak-kanak, amat teruja setiap kali menjelang raya mengenakan baju baru dan
ibu bapa ada bersama,” ujar beliau.
Anwar,
seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, dipenjarakan daripada 1999 ke 2004 di
atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat.
Beliau
mendakwa tuduhan-tuduhan tersebut adalah palsu dan direka oleh pentadbiran
Umno-BN pada masa itu untuk menhancurkan karier politiknya.
Bagaimanapun
kata Anwar, beliau bersyukur kerana masih memiliki keluarga yang dapat
mengubati kerinduannya terhadap ibunya.
Selain
itu beliau turut sempat menceritakan pengalaman beliau beraya di dalam penjara
Sungai Buloh.
“Bila
menjelang raya, tentulah kita mahu berada disamping keluarga, tetapi saya hanya
dapat bersama keluarga kira-kira setengah jam sahaja,” katanya.
Program
Interaktif yang dikendalikan oleh Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman dan
disiarkan selama sejam itu merupakan satu program ‘Google Hangout’ yang
melibatkan ahli politik Asia Tenggara.
Ia
dikendalikan di studio TVSelangor.
Antara
pemimpin dunia lain yang pernah ditampilkan dalam program sama adalah Presiden
Amerika Syarikat, Barack Obama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.