Thursday, August 30, 2012

Ketua Pembangkang DSAI Menjelajah Dengan BAS KHAS !

Bila aku tulis dan komen sedikit tentang cetusan hati ketua umum PKR, tidak mahu duduk di Putraja ramai yang melenting... 

Aku tak tau kali ini ada tak lagi perkara yang sama...  

Bila aku merapu merepek dengan isu ini, bukanlah aku nak tolak pembaharuan, atau kemudahan yang boleh mempercepatkan sesuatu urusan, tambahan pula DSAI selaku Ketua Pembangkang yang diperlukan berceremah dalam dua tiga tempat pada setiap malam.. 

 
Bila sekali pandang dengan kemampuan yang ada memang hebat, malah terhebat,, UMNO pun tak buat macam tu,, tetapi UMNO memang tak perlu pun,, mereka dah ada kemudahan hak rakyat jadi hak mereka seperti  dewan dan stadium, berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi perlukan ini semua,, pengundi-pengundi atas pagar akan menilai ini semua,, mereka-mereka yang terdiri dari golongan atas pagar penentu kemenangan lebih suka sikap pemimpin  yang low profile, 

Sesekali pandang, dengan sebuah bas mewah ini entah berapa harga sewanya setiap kali digunakan, atau pun bas siapa yang empunya.. jangan nanti bila PR dah menang tuan empunya bas pun datang menuntut nakkan ghanimah habuannya...

Malaysia bukan seperti negeri-negeri dalam benua Amerika,, yang cukup luas,, perlukan sebuah bas besar mewah untuk bergerak,,, apakah bas ini akan dapat keistemewaan bila jalan dah jem, sepertimana ambulan atau kenderaan polis,,...... boleh mencelah,,, boleh lepas kalau nak memotong jalan ikut laluan sebelah kiri.... belum tentu... yang tentu banyak yang tak boleh lepas.

Berapa ramai pegawai pengiring, penasihat yang perlu mengiringi DSAI bila memberi ceramah sehinggakan memerlukan sebuah bas..,,, 

Banyak lagi cara atau idea yang lebih memudahkan, lebih praktikal jika digunakan,, sebagai contoh,, seperti didalam gambar di bawah ni,, tak ada niat dihati nak kata (promote) apa yang PAS buat tu bagus,, tetapi aku rasa ini lebih parktikal dan memudahkan...


ha ha kan simple dan mudah,,jalan kampung, bukit ka apa semua boleh dia ragas... 

Janganlah nanti, UMNO boleh gunakan isu ini, belum jadi PM dah duk tunjuk gaya kemewahan bila mai ceramah, kalau dah jadi PM apa macam,,, silap-silap lebih teruk dari Rosmah lagi... hangpa nak macam tu..atau pun hangpa sekadar nak menang sebelum PRU13..... 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.