Wednesday, August 22, 2012

"Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you'. : KHAIRY SEDIA DIDAKWA DI BAWAH 114A

 
KHAIRY Jamaluddin berkata beliau sedia didakwa di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan dalam kapasitinya sebagai ketua Pemuda Umno ekoran posting sensitif mengenai agama di Facebook yang menggunakan nama pergerakan tersebut.

Khairy menjawab cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mencadangkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempertahankan undang-undang kontroversi tersebut dengan mendakwa Pemuda Umno berhubung posting berkenaan.
 
Katanya, Guan Eng mencabar peguam negara mendakwa Pemuda Umno berkaitan posting berkenaan, yang menurutnya bukan dibuat oleh pergerakan tersebut.

Berikutan itu, Khairy menyeru peguam negara supaya teruskan dan mendakwa Pemuda Umno dan beliau selaku ketua pergerakan itu.

Khairy menulis dalam Twitternya, walaupun didakwa di bawah 114A, beliau yakin pergerakan itu akan dapat membuktikan bahawa bukan ia ang bertanggungjawab terhadap posting berkenaan.

Di bawah Seksyen 114A yang diperkenalkan sebagai pindaan kepada Akta Keterangan dalam bulan April, undang-undang itu mengandaikan seseorang atau organisasi yang ada namanya bersama-sama dengan mana-mana penerbitan dalam talian, sebagai pengarang kandungan tersebut.

Jika orang atau organisasi berkenaan bukan pengarang penerbitan tersebut, maka individu atau organisasi tersebut perlu membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Yang sama juga terpakai terhadap pemilik rangkaian yang sambungan internetnya digunakan oleh orang lain untuk aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Semalam, Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis hari ini berhubung satu posting tersebut di laman Facebook palsu Pemuda Umno.

Ibdilillah berkata, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu.

Posting tersebut berbunyi: "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you'.
 
 
Nizar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.