Beliau
lupa betapa ketika beliau berkuasa hudud dikecam oleh beliau sendiri
dengan menuduh hudud sebagai undang-undang lapuk, tidak boleh
dilaksanakan kerana akibatnya akan ramai yang kudung di negara ini
bahawa undang-undang ini tidak sesuai dalam masyarakat majmuk.
Bukan
sahaja beliau adalah watak utama yang menghalang perlaksanaan hudud di
negara ini malah beliau sendiri adalah orang yang paling vokal
menyatakan Islam tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya dinegara ini kerana
negara ini mempunyai masyarakat berulang kaum.
Pengisytiharan
bahawa negara ini adalah negara Islam yang beliau ungkapkan tidak
terbukti serius kerana banyak aspek perlaksanaan sistem Islam yang
sepatutnya dilaksanakan ternyata dihalang ketika pentadbiran beliau.
Malah membunuh Sekolah Agama Rakyat dan dan menolak Bahasa Melayu
sebagai wahana pembangunan negara Islam adalah berpunca dari zaman
beliau.
Kini
Mahathir mendakwa hudud yang beliau tolak adalah hudud PAS.
Persoalannya di bahagian manakah yang dapat beliau buktikan ianya adalah
hudud PAS dan bukan hudud Islam. Meletakkan dasar bahawa hukum Allah
adalah hukum tertinggi negara itupun telah beliau tolak apatah lagi
untuk melaksanakan hukum hudud.
Penolakan
perlaksanakan hudud oleh Karpal Singh tidak mengejutkan kerana beliau
seorang bukan Muslim dan hujah beliau adalah berdasarkan perlembagaan
negara. Namun penolakan hukum hudud oleh Umno yang bersekongkol dengan
MCA, Gerakan selama 55 tahun berkuasa, yang jelas membantah perlaksanaan
hukum hudud, adalah lebih parah.
Kenapa
pemimpin-pemimpin Umno bersikap mengelak dan membisu untuk menyatakan
pendirian ketika MCA dan Gerakan dengan lantang menolak perlaksanaan
undang-undang Islam sepenuhnya?
Bukankah
sejumlah kenyataan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri membuktikan
beliau adalah orang yang paling keras menolak perlaksanaan hudud dan
perlaksanaan sistem Islam secara menyeluruh?
Malah
beliau mengecam ulama yang berpendirian tegas untuk menuntut hukum
hudud dan perundangan Islam dilaksanakan secara menyeluruh. Malah jika
disemak semua kenyataan beliau mengenai hukum hudud, sepatutnya para
mufti menegurnya beliau dari awal lagi kerana kenyataannya boleh
menjejaskan aqidahnya.
Sekarang
kerana terdesak untuk mendapat pengundi Melayu, Mahathir menyerang PAS
untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Mahathir
ternyata bermuslihat politik oportunis untuk meretakkan hubungan di
kalangan parti politik musuh Umno Barisan dan cuba mengujudkan polemik
dalam masyarakat untuk menolak gelombang Pakatan Rakyat.
Mempolitikkan
hukum hudud untuk meraih undi Melayu inilah yang Teras kesali dan
mengutuk sekeras-kerasnya. Sesungguhnya isu ini sudah terlalu lama
diketengahkan secara bermusim oleh media arus perdana sehingga yang
menjadi mangsa ialah masyarakat awam kerana terperangkap dengan
perbahasan bersetimenkan politik bukan berasaskan ilmu.
Pernyataan
seorang Ahli Adun Umno di Johor supaya hudud dilaksanakan itu sendiri
tidak disambut oleh pimpinan Umno sendiri apatah lagi Umno mahu
benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud di peringkat pusat.
Kini polemik hukum hudud sekali lagi dilontar oleh media bertujuan mengujudkan kesangsian rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Pendekatan
yang sepatutnya Umno lakukan ialah menyatakan sikapnya terhadap MCA dan
Gerakan dalam isu ini dan mengusulkan sokongan kepada hukum hudud di
Parlimen.
Hukum
hudud bukan untuk dipersendakan dan untuk dilayan bagaikan bola yang
dilontar ke sana ke mari. Pemimpin Umno harus insaf bahawa isu ini
adalah isu hukum Allah yang semua insan Muslim yang memegang kuasa akan
dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti
Teras
mendesak agar semua pihak menghentikan polimik hukum hudud yang
menghina hukum Allah dan mencari jalan dengan bersungguh agar
perlaksanaan hukum Islam dimartabatkan kepada taraf yang sewajarnya.
Perbahasan
bertujuan mengambil kesempatan menyerang parti politik lawan tidak
akan membawa apa-apa makna malah hukum Allah diletakkan ke taraf yang
hina bila dihujah oleh mereka yang jahil dan bersikap sembrono kepada
perundangan Islam.
Penulis ialah Presiden Teras.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.