(Nasharudin bersama Presiden Umno dan beberapa pemimpin Arab di Mekah)
KOTA BHARU: Dewan
Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS,
Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada
masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan
kehendak parti.
"Jika
beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar
untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada
terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di
dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam
kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.
Beliau
mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang
tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan
agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.
Beliau
juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak
di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.
"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.
"Sedangkan
semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh
Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan
selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.
Ditambah
dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK
melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah
beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.
"Jika
beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar
untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada
terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di
dalam PRU12 yang lalu," katanya.
Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.