Tuesday, August 28, 2012

33 Dun Sabah Ini Bakal Dimiliki Pakatan. ??

Saudara Pengarang

RAKYAT Sabah bakal melihat sebuah kerajaan baru bakal dibentuk selepas PRU 13, mengikut analisa dan Survey yang saya lakukan terhadap keputusan PRU 2008, peluang Pembangkang kali ini, sememangnya cerah, dikirakan peluang adalah 50 : 50, di antara BN dan PR.
Dengan kemasukan tiga lagi pemimpin BN ke rumah PR kali ini sememangnya memperkuatkan lagi pembangkang di Sabah kali ini. 
Tindakan Datuk Lajim, Datuk Wilfred dan Datuk Maijol, sememangnya tepat dan memperkuatkan lagi peluang pembangkang di Sabah kali ini. Peluang pembangkang kali ini mestilah bersyarat jika ingin menggantikan Kerajaan BN Sabah.

PRU 13 kali ini pembangkang mencapai kata sepakat SATU LAWAN SATU dan diharapkan satu mimpi dan impian rakyat yang mahukan perubahan dan Tukar kerajaan BN akan menjadi kenyataan nanti bila pembangkang bersatu turun ke medan tempur.

PR bakal membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'majoriti mudah' kali ini kerana diramalkan PRU 13 kali ini sememangnya sengit dan 'head to head' hampir di semua kawasan Dun kuat BN.
Jika PRU 2008 BN dengan mudah boleh, mencapai kemenangan mudah dengan 'score 59 -1', kali ini tidak lagi semudah ini kerana rakyat Sabah telah dilanda angin perubahan tukar, satu sunami politik baru bakal melanda sabah kali ini.

Diramalkan berdasarkan keputusan PRU 2008 lalu, analisa yang saya lakukan, ke semua 33 kerusi Dun ini, adalah BN hanya mencapai kemenangan majoriti tidak melebihi 39%, dengan peratus di bawa 39% ini, dan angin perubahan yang sedang bertiup kencang di sabah, kita yakin PR boleh membentuk kerajaan baru Sabah dengan majoriti mudah 33 kerusi.

Mengikut kajian saya, berikut adalah Kawasan yang keputusan PRU 2008 yang BN hanya menang majoriti di bawah 39%, peluang PR merampas kawasan cerah.

N 02    Tanjung Kapur
N 36    Kemabong
N 37    Sook
N.38    Nabawan
N 48    Sekong
N 35    Melalap
N 44    Karamunting
N 45    Elopura
N 46    Tanjung Papat
N 47    Kuamut
N 48    Sukau
N 49    Tungku
N 52    Sulabayan
N 57    Sri Tanjung
N 58    Merotai
N 19    Kepayan
N 20    Moyog
N 21    Kawang
N 22    Pantai Manis
N 25    Klias
N 26    Kuala Penyu
N 27    Lumadan
N 28    Sindumin
N 11    Kiulu
N 13    Inanam
N 14    Likas
N 15    Api Api
N 16    Luyang
N 18    Petagas
N 29    Kundasang
N 32    Tambunan
N 33    Bingkor .


Kesemua 33 kawasan ini adalah Pihak BN mencapai kemenangan majoriti di bawah 39% dan ada di sebahagian kawasan pula undi pembangkang dipecahkan dengan pertandingan 4 hingga 6 penjuru.
Oleh itu ini memberi kelebihan kepada BN untuk mencapai kemenangan di kawasan seperti Inanam, kepayan, Luyang, Likas, Tanjung Aru dan Merotai.
Diharapkan kali ini pembangkang belajar dari kesilapan PRU 2008 kerana pemimpin pembangkang Sabah yang ingin melihat perubahan dan tukar kerajaan sekarang mestilah bertolak ansur. 
Jika ingin melihat dan mencontohi PR di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan yang mana rakyatnya berani ubah dan mahu perubahan. 

Kali ini diramalkan BN juga mempunyai peluang juga untuk mempertahankan tampuk pemeritahan mereka, jika pun PR boleh menang dengan simple majoriti ini 33 : BN 27, angin perubahan sedang bertiup kencang di bumi Sabah; hanya menunggu hari pengundian sahaja untuk membadai dengan harapan menenggelamkan Kapal BN. 
INI KALI LAH!
Salam Hormat,
MOHD DANIAL ADULLAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.