Sunday, July 8, 2012

(Video) Tun M takut PR rampas harta anaknya, kata Anwar





[VIDEO] Anwar Bidas Mahathir Takut Hartanya Dan Anak Pinaknya Dirampas


Anwar Nasihat Mahathir Jaga Syarikat Anak

SELAYANG 7 JULAI : Dalam nada sinis Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menjaga syarikat anak-anaknya dan jangan mencampuri urusan politiknya.

Bercakap dalam satu sidang media baru-baru ini mantan perdana menteri itu mengesa Ketua Umum PKR itu agar meninggalkan politik dengan segera.

Dr Mahathir berkata Anwar tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya umum ke-13.

“Dia Dr Mahathir suruh saya bersara, saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat.

“Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu.

“Seorang pemimpin tetapi puluh bilion kekayaan anak-anaknya,” kata Anwar dalam ceramah Merdeka Rakyat di sini semalam.

Bercakap dihadapan kira-kira 3,000 hadirin, Anwar turut mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu ‘marah’ kepadanya.

Sebaliknya, Anwar berkata beliau tidak pernah mengacau dan sudah memaafkan bekas pemimpin nombor satu Umno itu.

“Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.

“Yang kamu takut ini apa. Dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia agaknya.

“Ya lah sebab dulu dia pernah minta saya tolong anaknya, minta supaya saya bagi RM2 bilion tetapi saya tidak mahu, kemudian dia meminta duit dari petronas. Sebab itu lah punca dia marah saya,” katanya yang mengimbas perselisihan beliau dengan Dr Mahathir ketika memegang jawatan Menteri Kewangan. -selangorku

Anak Mahathir beli syarikat minyak pakai duit arak – Anwar


KUALA LUMPUR 7 Julai: Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka.

“Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.

Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari Petron.

“MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan, daripada syarikat anak Mahathir, Petron – boleh,” katanya, sinis.

Ketua Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri.

“Dasar ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua kampung? Ini Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa takut, dengan Obama takut, balik rumah takut.

Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno ‘berikrar’ mahu membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji kerana mereka mendahulukan kroni.

“Bukan tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang korup. Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main banyak.

“Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh,” katanya.
-KD


Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.