Saturday, July 14, 2012

Tangki Air Pecah Sambut Kedatangan Najib Ke Dungun - Posted by Addin

 

Mungkin ini kebetulan sahaja.. takkanlah nak dikatakan Najib pembawa sial kot. Mana ada manusia pembawa sial, itu kepercayaan karut marut zaman tok nek moyang kita dulu-dulu. Nak dijadikan kebetulan semasa  Najib ke Terengganu, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Dungun, Terengganu pecah.

Semalam..13 Julai, kunjungan pertama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ke Daerah Dungun disambut meriah lebih 20,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari seluruh negara sempena majlis Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), hari ini.

Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu, tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu turut diraikan lebih 10,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Tapi... Terengganu nih memang Darul Runtuh.. samada Najib datang atau tidak.. perkara yang melibatkan runtuhan nih sudah menjadi perkara biasa. Orang Terengganu dah tak heran..

Baru-baru ni signboard runtuh.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/534622_308244792605271_1184900628_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/548261_308244229271994_2110812096_n.jpg


http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/315328_308244869271930_1325456362_n.jpg
 
Addin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.