Georgetown
- Kemelut isu jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri
Pulau Pinang (Mainpp) akhirnya berakhir apabila Pesuruhjaya Pas Pulau
Pinang, Datuk Salleh Man dilantik memegang jawatan itu secara sah hari
ini.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, pengesahan itu dibuat susulan daripada penerimaan surat daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang memperkenankan cadangan yang dikemukakan Kerajaan Negeri sebelum ini.
“Alhamdulillah, kita sudah terima surat daripada pihak istana yang memperkenankan senarai perlantikan baru ahli majlis yang kita syorkan dulu.

Surat
bertarikh 23 Julai 2012 ini mengesahkan bahawa YDP MAINPP sekarang
adalah (Datuk) Salleh Man dan timbalannya adalah Maktar Shapee berkuat
kuasa serta-merta.
"Senarai lima Ex-Officio yang lain kekal namun ada tiga muka baru akan dilantik dalam lapan ahli majlis yang sedia ada,” katanya kepada media hari ini.
Jawatan berkenaan sebelum ini di sandang Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim.
“Saya harap, dengan pengumuman rasmi ini, isu ini tidak dipolitikkan dan di manipulasi oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.
Sementara itu, Salleh Man yang diminta mengulas berkata, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi laluan kepadanya untuk menggalas jawatan berkenaan.
"Terima kasih atas laluan ini untuk saya terus melaksanakan tugas ini dan ia adalah jawatan berat untuk saya laksanakan namun saya akan laksanakan mandat Kerajaan Negeri yang diberikan ini dengan baik.
“Apa yang penting adalah sokongan daripada pelbagai pihak termasuk bekas YDP dan umat Islam di Pulau Pinang,” katanya.
Sementara itu, Abdul Malik yang turut berada di sidang media yang sama berkata, pertukaran jawatan itu adalah kesinambungan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan orang Islam serta meletakkan agama Islam pada kedudukan yang tertinggi.
“Pembaharuan ini adalah pembaharuan dalaman dan ia kesinambungan yang biasa. Saya percaya dengan pelantikan ini akan menaikkan lagi martabat umat Islam serta agama Islam itu sendiri.

Saya
akan memberi sepenuh kerjasama bagi memastikan Islam di Pulau Pinang
terus dipelihara,” katanya. -SH
Ulasan GB
Satu demi satu isu untuk UMNO bersorak sorai memburukkan kerajaan PR di Pulau Pinang terkambus.
Perlantikan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man sebagai YDP MAINPP menamatkan segala kritikan dan cacian puak UMNO yang menyatakan kononnya PAS dipingirkan di dalam kerajaan PR Pulau Pinang.
Sebelum ini UMNO mendakwa tindakan Kerajaan Negeri membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man dilantik untuk jawatan berkenaan menggantikan Abdul Malik Kassim dilihat cuba mencabar institusi raja.
Tetapi ternyata tuduhan itu fitnah semata-mata apabila Ustaz Salleh Man menerima watikah perlantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang bersetuju dengan rayuan kerajaan Pulau Pinang tersebut.
Merapu meraban dan meroyanlah lagi UMNO Pulau Pinang selepas ini.,

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.