KUALA LUMPUR: Penarikan
diri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dari Umno dan Barisan Nasional (BN)
menyebabkan simpanan tetap BN sudah retak, tulis wartawan veteran,
Datuk A Kasir Jasin.
Kadir
Jasin dalam tulisannya menulis, penarikan diri Lajim daripada semua
jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak.
Ini
kerana, Najib selama ini cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau
mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu.
Bagi beliau, ia bukan berita yang diharapkan oleh Presiden Umno itu.
Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.
Lajim menyerahkan kedudukan beliau sebagai timbalan menteri ditentukan oleh BN selepas langkahnya itu.
Najib
sendiri berkata yang peletakan jawatan Lajim adalah sesuatu yang
dijangkakan buat beberapa ketika dan beliau akan membuat keputusan esok
(Isnin) mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri.
Ramalan
mengenai kemungkinan beliau menarik diri daripada Barisan Nasional dan
menyertai pembangkang sudah berbulan lamanya," tulis bekas Ketua
Pengarang Kumpulan akhbar NSTP itu.
Beberapa
bulan lalu, timbul cakap-cakap bahawa beberapa pihak yang tidak puas
hati dengan Mohd Najib di Sarawak dan Sabah akan berpakat bagi menentang
BN di dua buah negeri itu.
Bagaimanapun,
perselisihan pendapat antara Mohd Najib dan kepemimpinan BN Sarawak,
khususnya mengenai kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri,
telah diatasi. Ramalan mengatakan Abdul Taib tidak akan dipaksa
meletakkan jawatan.
Sebaik
mana pun Perdana Menteri cuba menyembunyikan kehampaannya terhadap
perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia adalah petanda yang tidak
positif bagi BN, khasnya di Sabah.
Sambil
merujuk kepada peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai presiden
Umno, Najib berkata penarikan diri oleh ahli Umno bukanlah sesuatu yang
baru. Yang lebih penting, kata beliau, adalah kesetiaan kepada parti.
Setelah
kehilangan pengaruh di kawasan-kawasan Cina pada pilihan raya negeri
(PRN) Sawarak pada April tahun lalu, pergantungan BN kepada Sabah
menjadi lebih besar, sambung Kadir.
Dua
buah negeri Borneo itu sering disebut sebagai “fixed deposit” atau
simpanan tetap kerana jaminan sokongan yang padu kepada BN.
Pada
PRU 2008, BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24
daripada 25 di Sabah berbanding 85 yang dimenangi di Semenanjung dan
sebuah di Labuan.
Tetapi,
selepas kemaraan besar DAP dalam PRN Sarawak adalah dikhuatiri yang BN
mungkin kehilangan sehingga enam kerusi Parlimen di Sarawak jika trend
PRN itu berterusan.
Dengan
penarikan diri Lajim, tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak dan
jika merebak, pergantungan BN terhadap negeri bawah bayu itu akan
menjalin lebih tidak terjamin, tulisnya.
Di
Sabah, taat setia politik bolehlah diumpamakan seperti pasir di pinggir
pantai – sentiasa berubah. Penarikan diri Lajim boleh membawa kepada
pemberontakan besar-besaran seperti yang terjadi pada PRU 1990.
Soalnya, masalah Mohd Najib dan BN di Sabah tidak terhad kepada Lajim seorang saja.
Beliau
juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan Ketua Menteri, Musa
Aman, dan pergiliran jawatan Ketua Menteri antara Islam, Bumiputera
bukan Islam dan Cina yang dimansuhkan oleh pendahulunya, Abdullah Ahmad
Badawi, kata Kadir lagi.
Kesimpulannya,
tulis Kadir, perkembangan terbaru di Sabah itu merumitkan lagi tugas
Mohd Najib membuat keputusan mengenai tarikh PRU akan datang kerana
tabung simpanan tetap BN mungkin sudah retak.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.