Sunday, July 15, 2012

PENGERUSI JKKK 'MENGAMUK' !!! Serang ceramah PAS, tapi tidak dilayan


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnuAf11a0E9u02XQQ1_yV0v3HZmAUIOKPMeZd9PbeLrBXxJSFmE0zl-gWbvj9Vx4LJcpVur6VeHpgWwYsw1TcIXnOLDImRyTp3n2C6ccI8KwQydz0lsKtpk1s4v4sfWeDHiPdCn2pICls/s1600/kg+bn.jpgMalam tadi satu lagi kejadian memalukan berlaku di mana Pengerusi JKKK sebuah kampung di Bukit Baru mengamuk ketika ceramah PAS sedang berlangsung. 
Dengan tidak semena-mena Pengerusi JKKK tersebut  muncul di hadapan 'rostrum' dan memberi amaran kepada penceramah PAS yang sedang berceramah supaya tidak menyebut nama Ketua Cawangan Umno kampung tersebut.

"Jangan sebut nama Ketua Cawangan kampung saya, ini kampung saya jangan buat kacau" herdiknya.

Sedangkan penceramah tersebut langsung tidak menyebut secara spesifik nama ketua cawangan Umno mana-mana kampung.

Menurut saksi penceramah tersebut hanya menyebut bahawa semua Ketua-ketua cawangan Umno di Dun Bukit Baru kaya raya sedangkan mereka itu dahulunya susah dan tidak mewah seperti sekarang.

"Kita kenal mereka itu, dahulunya susah tetapi selepas menjadi Ketua Cawangan Umno dan pimpinan Umno mereka kaya raya, cuba tuan-tuan lihat rumah mereka semuanya besar-besar belaka" ujar penceramah PAS tersebut.

Agaknya ini yang menyebabkan Pengerusi JKKK yang juga merupakan seorang 'Office Boy' sebuah sekolah di Bandaraya Melaka naik angin.

"Engkau jangan kacau majlis kami, ini program kami, kami ada hak untuk bersuara" kata Ustaz Ibrahim Duralim yang memberi amaran kepada Pengerusi JKKK tersebut. 
Mutaligat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.