Friday, July 6, 2012

Mat Sabu : Anwar Pemimpin Berani - The Malaysian Insider

 
KUALA LUMPUR, — Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin berani dan kata timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, mengulas mengenai temuramah ketua pembangkang dengan Financial Times (FT) baru-baru ini.r Ibrahim mengatakan jika gagal menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) 13 ini, beliau akan bersara dalam politik dan kembali mengajar di universiti.

“Dengan menggeluarkan kenyataan sanggup untuk bersara dari politik jika tidak berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU 13 ini, membuktikan Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang berani,” kata Mohamad Sabu dalam temubual telefon kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

“Ertinya beliau yakin dengan kekuatan gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpinnya.”

Selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, Anwar pernah diundang untuk mengajar dibeberapa universiti terkemuka dunia seperti Universiti Oxford dan Universiti Georgetown.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan persaraan politik Anwar benar-benar terjadi, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu mengatakan PR pasti mengemukakan pengganti kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

“Soal pengganti kepada Anwar bukanlah satu isu kerana PR mempunyai ramai pemimpin pelapis,” jelas Mat Sabu lagi. “Persoalannya adalah apakah pengganti itu setanding dengan Anwar Ibrahim.”

PR ditubuhkan sebaik sahaja PKR, PAS dan DAP yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga BN pada PRU 12.

Semenjak berlakunya peristiwa bersejarah — digelar Tsunami politik itu, PR terus menjadi pencabar terkuat BN yang belum pernah lagi tewas dalam PRU semenjak kali pertama ia diadakan.


anwaribrahimblog

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.