Monday, July 9, 2012

Mahathir samakan TG Nik Aziz dengan Ayah Pin dan Rakyat Kelantan tidak waras katanya..

 

Walaupun tidak dinyatakan secara terus terang akan siapa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir diawal penulisannya namun pada perenggan yang kedua menjelaskan siapa yang dimaksudkannya.

Tulis Tun dalam Blog Chedet.cc beliau diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional menang di Kelantan kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz.

Ketaksuban penduduk Kelantan menjadikan Tun kehairanan bagaimana ada orang Islam yang begitu sekali menyanjung tinggi pemimpin mereka sehingga sanggup minum air basuh kaki mereka ini.

Sepenuhnya sila baca di ( Chedet.cc )
Apa yang Tun Mahathir kata disini ialah penduduk Kelantan yang secara amnya bolehlah ditafsirkan sebagai warganegara Malaysia yang lahir di Kelantan tanpa mengira pegangan politik mereka sanggup minum air kaki TG Nik Aziz.

Selain itu, Tun juga telah samakan TG Nik Aziz dengan Ahli UMNO yang menjadi pemimpin kerajaan langit iaitu Ayah Pin dimana kerana taksub yang melampau mereka sanggup meminum air basuh kakinya..

Ini semua berpunca dari dendam dan sakit hati yang melampau kerana beliau sendiri semasa menjadi Perdana Menteri telah gagal untuk menguasai Kelantan..
Untuk menutup kegagalannya itu beliau meletakkan kesalahan terhadap rakyat Kelantan kononnya sikap Asabiah kepada Nik Azizlah yang menjadi puncanya.

Selain itu Tun juga menganggap majoriti orang Kelantan tidak waras kerana menyokong Nik Aziz.

Berikut adalah komen dari seseorang yang menggunakan nama 'Botak' di dalam Blog Chedet.cc
RESPECT HAS TO BE EARNED
HORMAT BUKAN PAKSAAN

HORMAT SESAORANG
BUKAN PADA SARBANNYA
PADA TUDUNGNYA
PADA UMURNYA
PADA KEKAYAANNYA

HORMAT SESEORANG PADA AKHLAKNYA
BEGITULAH NABI MUHAMMAD S.A.W BERJAYA MENAKLUKI
DUNIA KAFIR,MUSUH MUSUH ISLAM DENGAN AKHLAK BELIAU YG MULIA.
BUKAN KERANA BALAH TENTERA YG HEBAT
BUKAN DENGAN BANTUAN F-16, M-16,NUCLEAR
BUKAN DENGAN BANTUAN NATO
BUKAN DENGAN BANTUAN US AIR DRONE

Jadi... Tak perlulah Tun risau jika kenapa rakyat Kelantan begitu sukakan TG Nik Aziz.. ianya adalah kerana akhlaknya..

Tak perlu juga Tun risau samada rakyat Kelantan akan meminum air kaki TG Nik Aziz atau tidak.. kerana mereka bukanlah setaksub pengikut Ayah Pin dan begitu juga dengan Ahli PAS.. aku yakin mereka tidak akan minum air kaki TG Nik Aziz..

Apa yang Tun perlu risaukan sebenarnya ialah arak yang dihasilkan oleh kilang milik anaknya itu yang diminum orang ramai..

Diminum bukan saja oleh bukan Islam tetapi juga oleh orang-orang yang mengaku dirinya Islam..

Tun juga perlu risau kerana menjadikan akhlak anaknya begitu ‘mulia’ iaitu dengan menjadikan anaknya pemilik kilang arak terbesar.

Apa Tun nak jawab disana nanti! 


Anak Sungai Derhaka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.