Tuesday, July 10, 2012

Kalau 1malaysia Boikot PETRON , Mahathir Confirm Demam & Mokhzani Bunuh Diri - Oleh: ulitmayang

"Di usia mahathir 87 tahun, nafsu tamak kepada harta dunia tidak berkurang, malah bertambah haloba.

Mana kan tidak, terbaru bilamana diberitakan MAS sudah menandatangani kontrak dengan PETRON, sebuah syarikat milik mokhzani, iaitu anak Mahathir bagi menggunakan bahan api.

Samada kita hendak berburuk sangka atau tidak, itu terpulang lah kepada sikap masing – masing, tetapi hakikatnya dan fakta yang jelas menunjukkan betapa pengaruh Mahathir tidak berkurang walaupun sedikit dalam menentukan semua urusan perniagaan dalam negara ini.

Kalau lah rakyat 1Malaysia, dengan ambil tindakan paling mudah saja, iaitu pemimpin Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP melancarkan satu kempen seluruh negara, iaitu memboikot semua stesen minyak jenama PETRON, mulai hari ini, ini merupakan satu strategi berkesan untuk menumpulkan tumpuan ‘come back’ Mahathir di arena politik negara.

Tumpuan Mahathir, kalau pun tidak besar tetap akan meninggalkan kesan kepada fokus kerja pilihanraya nya. Diberitakan Mahathir masih lagi ‘mastermind’ juga kepada aktiviti politik UMNO/BN, sehingga kini

Kesan boikot sangat besar dalam usaha untuk mengumpul sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat, iaitu kesan langsung disamping menjejaskan ekonomi Mahathir dan anak – anaknya. 

Kaedahnya mudah, Cuma perlunya kepada pemimpin – pemimpin utama Pakatan Rakyat menggerakkannya, dengan dimulai oleh ketua kepada parti PAS, PKR dan DAP. Adakan pelancaran di peringkat nasional, negeri dan daerah, parlimen dan DUN.

Kesanya nanti bukan saja kepada soal ekonomi Mahathir anak beranak, tetapi kesedaran politik sangat menyeluruh, dimana hampir disetiap daerah mempunyai stesen minyak jenama PETRON ini.

Apa kata kita mulakan dari sekarang? KLIK - Berita berkaitan

Nota

Cuba lah mulakan dari sekarang. Yang paling confirm kesihatan Mahathir akan terganggu. Beliau bukan nya boleh tolerate dengan bebanan yang berat lagi. Dah acap kali jantung di'review'. 


Kira2 2nd hand dah. Kalau pun tak demam, tapi psiko nya pasti terjejas. Mokhzani pulak, jangan lah cuba bunuh diri macam Mirzan tak kala konsortium perkapalan nya lingkup suatu ketika dulu.


Untuk menjatuhkan Mahathir, Najib & UMNO/BN, strategi perlu lah pelbagai. Andai kata kaedah boikot PETRON ini berjaya, ianya sesuai lah dengan perumpamaan 'serampang dua mata', salah satu ekonomi Mahathir hancur, dan yang lebih penting politik UMNO/BN bungkus.

Elok kalau Yb Mahfuz dapat lead exercise ini"



Tranungkite Online 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.