Saturday, June 30, 2012

Serangan DDoS, usaha terdesak UMNO BN menjelang pru-13

 

Dalam menghadapi tekanan dan susutan sokongan rakyat, UMNO BN yang terlalu bimbang akan kekalahan dalam pru-13 telah menggunakan segala tektik kotor dari setiap sudut perjuangan. Perjuangan tulin dan politik matang bukan lagi cara UMNO BN.

Melalui akhbar arus perdana, Utusan Malaysia dan Berita Harian, UMNO menabur fitnah dan hasutan serta membakar api perkauman.

Regim UMNO BN gagal menyakinkan portal-portal berita cyber dan blog-blog berprinsip untuk memihak kepadanya. Justeru berbagai cara telah digunakan untuk menyekat siaran olih laman-laman siber dan blog.

Sejak semalam beberapa laman web pro Pakatan Rakyat telah menjadi mangsa serangan DDoS yang diyakini didalangi olih tentera siber regim UMNO BN.

Dalam pesanan Twitter, pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata, serangan DDoS terhadap ketiga-toga parti dalam Pakatan Rakyat itu menunjukkan tentera siber Umno sedang melakukan "raptai" lebih serius menjelang pilihan raya umum ke-13.

Serangan yang berlaku semalam adalah yang paling canggih dan rumit setakat ini.

Serangan itu - dikenali sebagai Distributed Denial of Service (DdoS) - Ia melibatkan longgokan trafik palsu yang besar ke sesuatu laman web atau blog yang menyebabkan kesesakan sehingga tidak dapat dilayari pembaca lain.

Serangan sebegitu biasanya dijalankan oleh sindiket antarabangsa yang dibayar untuk mensasarkan sesebuah laman web.

Jun 25, 2012
Pru 13: Najib teruskan usaha merasuah rakyat. Macam-macam cara Datuk Seri Najib Razak lakukan untuk 'membeli' undi dengan menyalahgunakan wang rakyat.
Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata parti itu sudah selesai membuat rundingan dengan DAP dan PAS serta mengenalpasti calon untuk kawasan parlimen dan DUN. Katanya, calon untuk beberapa kerusi tersebut 
Pakatan Rakyat guna satu manifesto untuk PRU13. Pakatan Rakyat akan menggunakan satu manifesto sahaja dan mengutamakan isu ekonomi dan pendidikan sebagai strategi memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.