Saturday, June 9, 2012

Serah Cangkul untuk gali kubur sendiri : Umno memang bangang! Oleh : NEWKK


sebuah NGO yang menyokong UMNO Kelantan telah memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri Kelantan kononnya untuk diwakafkan bagi membina lebuhraya rakyat Kota Bharu ke Kuala Krai yang hebat dibicarakan oleh rakyat Kelantan.

Sumbangan berupa kereta sorong buruk dan cangkul telah diterima oleh wakil YAB Menteri Besar Kelantan. Walaupun pihak pejabat Menteri Besar tahu bahawa sumbangan tersebut 'sengaja' dianjurkan oleh balaci-balaci UMNO untuk mencari publisiti murahan untuk menghina hasrat Kerajaan Kelantan membina Lebuhraya Rakyat KBKK.

Apa yang menarik dari pemberian tersebut terdapat beberpa cangkul yang sengaja diberikan untuk Kerajaan Negeri simpan bagi digunakan selepas PRU13 bagi memudahkan rakyat Kelantan mengali kubur untuk 'Semadikan UMNO Kelantan' buat selama-lamanya.

Kerana cangkul sememangnya diguna untuk mengali kubur. Sebab bagi membina Lembuhraya sekarang ini cangkul tidak digunakan lagi. Inilah kesilapan besar yang dilakukan oleh NGO tersebut apabila niat buruk dilakukan terhadap niat yang baik dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Semua perilaku tersebut akan merosakkan imej UMNO dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang sudah tidak mampu mengawasi gelagak penyokong yang tidak memikirkan baik buruknya tindakan yang hendak ditunjukkan itu. UMNO Kelantan nampak benar hilang fokas bagi memikat pengundi-pengundi dan rakyat Kelantan bagi menyokong UMNO./~NEWKK
 
 
Nizar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.