Friday, June 8, 2012

Rais mengaku selama ni kabinet tak faham Perkara 10 Perlembagaan?

 
Mungkin betul la macam ramai penyokong Pakatan Rakyat kata, Umno BN dah nak mampos. Biasanya perkataan 'dah nak mampus' akan didahului oleh perkataan 'dah buang tebiat', buat benda-benda yang tak pernah dibuat selama ni.

Semalam Rais Yatim dan kabinet 'buang tebiat' tiba-tiba umumkan yang kabinet buat keputusan untuk benarkan parti-parti yang bertanding membentangkan manifesto masing-masing melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk PRU13 yang akan datang.

Satu benda yang tak pernah dibuat sebelum ni. Kalau ada pun RTM bincangkan manifesto pembangkang, lebih kepada menghentam atau memperlekeh yang langsung tak sesuai kalau nak dipanggil 'membentangkan'.  
Income pasif!! Register & display. RM1.00 setiap referrer.
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201 
Apa pun, pengumuman Rais Yatim ni satu benda yang walaupun terlewat berpuluh tahu tapi tetap patut disokong.

Bernama melaporkan:  
[Sumber: Bernama]
Mungkin pasai nak elak Pakatan Rakyat kata pembaharuan ni sebagai tunduk kepada tuntutan Bersih 3.0 yang menuntuk keadilan media, Rais Yatim bagi alasan lain, alasan yang jujur tapi BANGANG.

Kononnya tindakan kabinet tu berasaskan kepada Perkata 10 dalam Perlembagaan Persekutuan - Hak dan Kebebasan Bersuara.

Secara tak langsungnya Rais Yatim mengaku apa yang diamalkan selama ni bercanggah dengan Perkara 10 perlembagaan persekutuan tu.

Ataupun mungkin lebih sesuai kalau kita kata selama ni Kabinet tak faham Perkata 10 Perlembagaan Persekutuan tu. Setelah didesak dengan cukup kuat melalui himpunan BERS✔H, BERS✔H 2.0 dan BERS✔H 3.0 dan jugak realiti pentingnya PRU13 untuk menentukan hidup atau mati Umno, kabinet tiba-tiba boleh faham pulak Perkara 10 perlembagaan Persekutuan tu.

Cuma masalahnya, kalau betul tindakan kabinet tu berasaskan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, kabinet bukan setakat benarkan RTM mentangkan manifesto pilihanraya saja tapi kena sediakan ruang yang bebas untuk semua parti yang bertanding dapat akses yang sama di RTM.

Hari ni Rais Yatim tambah lagi kenyataan BANGANG dia macam dilaporkan SinarHarian:
[Sumber: SinarHarian]
Sejak bila pulak RTM mementingkan nilai-nilai' murni terutama sekali dalam benda-benda yang bersangkut dengan politik.

Masa nak membelasah Pakatan Rakyat tak pernah pun peduli pasai nilai-nilai murni sampai tahap ada yang kata RTM dekat-dekat nak jadi RTP (Radio TV Porno) tapi masa nak bagi ruang untuk Pakatan Rakyat tiba-tiba timbul pulak konsep nilai-nilai murni.


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/06/selama-ni-kabinet-tak-faham-perkara-10.html#ixzz1xA5XPvXp

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.