PANDAN
13 Jun: Cucu kepada tokoh pemimpin politik tersohor India, Mahatma
Ghandi berkata, beliau tidak pernah melihat politik di dunia sekotor
pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu membiarkan
prasangka buruk sesama kaum dan mempertahan penipuan dalam pilihan raya
di negara ini.
Perkara
itu diungkap Raj Mohan Ghandi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa pemimpin KEADILAN ini dipelawa
bertemunya di India baru-baru ini.
“Politik
Malaysia lebih kotor dari politik India. Saya (Raj Mohan) ‘follow’
politik Malaysia. Saya tidak pernah melihat politik di dunia sekotor
politik di bawah Datuk Najib. Ini Raj Mohan kata (kepada saya),” kata
Anwar.
Beliau
berkata demikian pada Ceramah Merdeka Rakyat yang turut dihadiri
Azizah; Timbalan Presiden, Azmin Ali; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli,
pimpinan Pakatan Rakyat dan kira-kira 5,000 hadirin pelbagai kaum di
Taman Seraya dekat sini malam tadi.
Ketua
Pembangkang itu turut menegaskan Raj Mohan akan datang sendiri ke
Malaysia pada tahun ini untuk bercakap sendiri mengenainya.
“InsyaAllah
akhir tahun ini, dia (Raj Mohan) akan cakap sendiri di Malaysia,” kata
Anwar yang turut menunjukkan gambar beliau bersama Azizah dan isteri Raj
Mohan, Usha kepada hadirin melalui tayangan skrin.
Anwar
berkata, beliau boleh bersahabat dengan Raj Mohan kerana cucu kepada
pemimpin India itu memiliki idealisme yang sama dengan beliau iaitu
memberi keadilan pada semua rakyat.
Anwar
turut memetik ucapan Mahatma Ghandi semasa hayatnya berbunyi: ‘Majoriti
India Hindu jangan zalim, jangan hina orang Islam, Kristian dan
penganut Buddha India, mereka rakyat kita, rakyat India dan kita mesti
bangga menjadi rakyat India’.
Berbeza
dengan Malaysia di bawah pentadbiran Najib kata Anwar, Presiden Umno
itu hanya membisu dengan isu skandal rasuah pemimpin Umno selain
membiarkan orang Melayu menghina bangsa sendiri melalui perlakuan
memalukan.
“(Apabila
sekumpulan Melayu) tunjuk punggung pada (Datuk S) Ambiga, Najib diam.
(samseng Umno) Baling batu dalam ceramah, Najib diam, Menteri terlibat
rasuah Lembu, Najib diam. Apa Najib buat? Dia cuma pemangku Menteri
Wanita.
“Dalam sejarah dunia, inilah kali pertama seorang lelaki jadi Menteri Wanita,” kata Anwar disambut gelak dan tepukan hadirin.
Najib
melantik dirinya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat baru-baru ini selepas penyandang jawatan itu, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil dikait dengan skandal rasuah projek lembu
keluarganya.
Anwar
turut melahirkan keyakinan beliau bahawa sejahat manapun taktik Umno
dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk memanipulasi daftar
undi, beliau yakin semua itu pasti gagal menghalang kuasa dan
perancangan Allah.
“Najib,
dengar abang Anwar cakap. Kamu boleh tipu, guna warga asing sebagai
pengundi, tetapi kena ingat, kuasa rakyat itu dengan izin Allah boleh
mengatasi perencanaan jahat kamu,” kata Anwar lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31547
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.