Wednesday, June 27, 2012

Pasai Apa Dr Mahathir 'KETAQ LUTUT' ?? - MAFIABOSS

 


AMPANG 27 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad masih dibayangi nasib yang menimpa kawan baiknya, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kerana takut berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengulas dakwaan Mahathir kononnya Pembangkang berminat untuk menjatuhkan kerajaan ala ‘Arab Spring’.

Menurut Anwar, Mahathir begitu risau jika hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak turut dirasainya.

“Kita tengok Dr Mahathir masih lagi mewakili pandangan mereka. Dia sebenarnya masih merasai kehilangan Hosni Mubarak.

“Dr Mahathir mewakili zaman lampau, dia mengikuti pandangan Hosni Mubarak, (Presiden Zimbabwe) Mugabe, dan kita sedang melihat sekarang tamatnya pasca Mugabe, Mubarak, tetapi kebangkitan rakyat,” katanya selepas Majlis Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu, Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Datuk Dr Siddiq Fadzil di sini malam semalam.

Anwar berkata, sikap Mahathir itu seolah-olah beliau tidak gembira dengan kebangkitan rakyat, sebaliknya masih mempertahan pentadbiran kuku besi Mubarak.

“Rakyat Mesir berasa lega dan syukur kehilangan Hosni Mubarak,” katanya.

Beliau yang bangga dengan kejayaan parti Ihkwanul Muslimin yang memenangi pilihan raya di Mesir itu turut mengucapkan tahniah.

“Kita sambut baik kemenangan Mohamed Morsi dan partinya, kita bangga majlis tentera juga mengiktiraf.

“Ini menunjukkan suara rakyat itu harus dihormati. Beliau (Morsi) telah dipenjara, dihina dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, tetapi masih ada kekuatan dan mendapat sambutan rakyat,” kata Anwar.

Morsi, presiden Mesir yang pertama dilantik selepas kebangkitan rakyat menyingkirkan bekas presiden Hosni Mubarak pada Februari tahun lalu.


Oleh Norutul Ilham/MB Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.