Saturday, June 9, 2012

Najib! Hang ingat orang Kulim bodoh sangat ka?

 


Kerana popularitinya dah menurun sikit.. Najib terpaksa memikirkan untuk memberikan BR1M buat kali kedua.. maklumlah survey kata lepas BR1M yang pertama dulu populariti Najib meningkat..

Kalau macamni lagi lambat Najib umum PRU lagi bagus buat rakyat.. sebab bila survey kata populariti Najib turun dia terpaksa bagi BR1M buat rakyat..
"Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," kata Njib kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini semalam.

Dan Najib juga cuba nak membohongi rakyat di Kulim kerana mungkin sangkaannya rakyat di Kulim mudah untuk diperbodohkan seperti Makcik Pakcik yang berada di Felda..

Cubaan pertama memperbodohkan rakyat di Kulim oleh Najib.. Najib kata Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gaji penjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawat awam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka.

Cubaan kedua .. Najib berkata, ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain.

Ini kerana Zalim itu definasinya luas.. ianya bukanlah dirujuk kepada sesebuah parti atau kerajaan tetapi dirujuk kepada tingkahlaku dan kelakuan manusia atau pemimpin..

Cubaan ketiga pula.."Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman.

Akta ISA Najib kata dah tak ada kononnya... tapi biarpun Najib dah umumkan penghapusannya beberapa ketika lalu.. Pusat tahanan masih berdiri megah di Kemunting dan tahanan yang ditahan dibawah ISA masih berada di sana.. tentu korang tak lupa.. dalam masa satu minggu kalau tak silap aku. Najib umum ISA dimansuhkan.. beberapa orang telah ditahan di bawah ISA di Sabah...

**************************************
Najib timbang beri BR1M kedua

KULIM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.

"Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Najib berkata, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.

Semalam,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telahmencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberikan lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat.

Bulan lalu, Sinar Harian ada membawa laporan memetik beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengesyorkan agar pemberian BR1M dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan bentuk bantuan tunai sedemikian lebih digemari rakyat.

Naib Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, cadangan itu akan disuarakan oleh BNBBC pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 11 Jun ini.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua.
Mengulas lanjut, Najib berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.

"Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada `happy' (gembira) je. Takde rasa cemas, takde pun nak guna `shield' (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru hara, kacau bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia tidak sukakan suasana hura-hara kerana negara ini merupakan sebuah negara yang makmur dan bukan seperti negara-negara yang berlaku revolusi Arab atau 'Arab Spring'.

Najib berkata, Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gaji penjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawat awam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka.

Najib berkata, ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain.

"Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman.

"Sesiapa pun boleh boleh berhimpun asalkan aman. Pembangkang pun boleh buat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.