Monday, June 11, 2012

Kenapa Wang Kertas 1000 & 500 Diberhentikan Penggunaannya ??

Photo: Al-kisah not Rm1000 & Rm500

DULU Orang-orang kaya Malaysia biasa dengan wang kertas RM1000 dan RM500...tetapi sejak PM masa tu DR. MAHATHIR memberhentikan penggunaannya maka wang kertas berkenaan telah tiada dipasaran. Sejak 1998, pasaran luar persisiran pantai bagi ringgit telah dihentikan, matawang ringgit denominasi besar (RM1000 dan RM500) dimansuhkan serta merta.

Tidak lama dahalu juga ada seorang ahli politik bertaraf MENTERI BESAR telah ditangkap oleh pegawai kastam di sebuah negara maju kerana cuba menyeludup wang tunai BERJUTA-JUTA ringgit nilainya ke negara itu tetapi undang-undang di Malaysia seolah-olah tidak cukup taring untuk bertindak tegas ke atas penyeludup wang haram itu.

Al-kisah juga banyak berita yang menuduh seorang ahli politik dari Malaysia bertaraf KETUA MENTERI dan ahli keluarganya memilki pelbagai pelaburan dan aset di luar negara bernilai berbilion-bilion ringgit, namun tiada penyiasatan serius dijalankankan oleh pihak berkuasa, mensahihkan sangkaan bahawa di sana ada tangan-tangan ghaib yang melindungi pemakan rasuah menyeludup wang haram ke luar negara.

Dalam laporan bertajuk "Aliran Wang Haram dari Negara-negara Sedang Membangun: 2002-2006 (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002-2006) yang diterbitkan dalam tahun 2008, Global Financial Integrity (GFI), sebuah pertubuhan penyiasatan kewangan antarabangsa, mendedahkan wang haram (illicit money) berjumlah USD1 trilion mengalir keluar meninggalkan negara-negara sedang membangun setiap tahun dalam tempoh 2002-2006.

Bagi Malaysia, laporan terkini terbitan GFI itu mendedahkan sebanyak US291 bilion (RM1,077 bilion) wang haram telah mengalir keluar dari negara ini dalam tempoh 9 tahun (2000-2008). Penemuan ini amat memeranjatkan kerana, pertama, dari kalangan 152 buah negara, aliran keluar wang haram dari Malaysia adalah yang kelima terbesar di dunia dan yang kedua terbesar di kalangan lima negara Asia, tidak sepadan dengan saiz ekonomi. Dari segi saiz Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia adalah sebuah ekonomi yang kecil pada kedudukan ke 38 dari 190 buah negara. Kedudukan Malaysia dalam aliran keluar wang haram jauh lebih buruk berbanding negara Thailand (ke 24) yang saiz ekonominya lebih besar, Brunei (ke 30), Bangladesh (ke 46) dan Zimbabwe (ke 73).

Apabila sejumlah wang sesebuah negara dipindahkan ke negara lain, peredaran wang yang dipindahkan itu terhenti. Dalam istilah ekonominya dikatakan "jumlah wang itu telah dibunuh." Wang yang beredar dari tangan ke tangan – dari pengguna kepada pengeluar barangan dan dari pengeluar kepada pembekal faktor pengeluaran (modal, buruh, pemilik tanah dan bangunan dan pembekal bahan mentah) - akan mewujudkan kegiatan ekonomi dan menjana pekerjaan, pendapatan dan kekayaan. Selagi wang itu beredar dari tangan ke tangan di dalam negara, maka selama itulah wang itu akan terus menyumbang kepada pembesaran dan pertumbuhan kegiatan ekonomi, pendapatan dan kekayaan.

Ini bermakna wang negara yang ditompokkan di dalam bank luar negara merugikan negara dan semakin besar jumlah wang yang dilarikan maka semakin besar kesan negatifnya kepada ekonomi negara. Rendahnya kadar pertumbuhan ekonomi dalam tempoh satu dekad yang lepas rupa-rupanya disebabkan, antara lain, oleh besarnya jumlah wang yang "dibunuh." Besarnya jumlah wang haram mengalir ke luar negara secara berterusan dalam jangka masa yang panjang telah menyebabkan ekonomi Malaysia terperangkap dalam jerat "ekonomi berpendapatan pertengahan." Wang yang sebegitu besar jumlah, seandainya kekal beredar di dalam negara, mampu melonjakkan pendapatan negara ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu diyakini sekiranya amalan rasuah dapat dibanteras, pacuan roda ekonomi Malaysia akan menjadi lebih pantas.

Secara ringkas,
SEBANYAK 151,482 keping wang kertas berdenominasi RM500 dengan nilai RM75.741 juta, belum dipulangkan orang ramai kepada Bank Negara Malaysia (BNM) selepas kerajaan memutuskan tidak lagi menggunakan wang kertas berkenaan pada 1999.

Selain itu, BNM belum menerima 28,315 keping wang kertas berdenominasi RM1,000 yang bernilai RM28.315 juta sejak penggunaannya dimansuhkan. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha, berkata kerajaan tidak dapat memastikan mengapa wang kertas berkenaan masih belum dipulangkan atau ditukar orang ramai kepada BNM selepas ia tidak lagi sah digunakan.

Menurutnya, kemungkinan wang kertas itu tidak dipulangkan kerana orang ramai mahu menyimpannya sebagai cenderamata atau mungkin ada yang terbakar atau hilang. 
(agak bodoh alasan dari menteri ini yer )

“Mungkin juga ada yang masih menyimpannya dengan sebab sendiri, kita pun tidak pasti,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Siringan Gubat (BN-Ranau).

Macam ada yang tak kena saja. Kena tanya Tun Daim nie. Kalau nak selak ISU LAMPAU pun panjang juga tapi kalau tak silap kes nie link dengan duit UMNO masa diharamkan dulu...

p/s: Sekiranya kalian semua ada maklumat yg ingin dikongsi bersama jgn malu jgn segan share bersama ok.  ^__^

Salam Tulus Ikhlas,
Danish Farish

┈┈┈┈┈┈▕▔╲
┈┈┈┈┈┈┈▏▕
┈┈┈┈┈┈┈▏▕▂▂▂
▂▂▂▂▂▂╱┈▕▂▂▂▏salam ukhuwah
▉▉▉▉▉┈┈┈▕▂▂▂▏
▉▉▉▉▉┈┈┈▕▂▂▂▏salam REFORMASI ~
▔▔▔▔▔▔╲▂▕▂▂▂I

> Zam Usop PA, Zek Alkhindi Arrawi, Otai Reformasi, Wally Bandits, Ronnie Liu Tian Khiew, King Jason, Otomen Sempoi, Mazlan Aliman, Jeneral Yakuza Ogawa.
Al-kisah not Rm1000 & Rm500

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.