Saturday, June 9, 2012

Kenali Maharaja Politikus Terlicik Malaysia - Oleh: usinwafer

 
Kelicikan politk Mahathir memang tidak boleh diperkecil-anakan..pengalaman dan asam garam selama menjadi ahli politik dan seterusnya 22 tahun berada dipuncak kuasa sebagai Perdana Menteri terlama memungkinkan akan berlakunya pelbagai kemungkinan yang tidak pernah diduga...

Tercetusnya sebuah ramalan dari persoalan yang tidak pernah mati untuk difikirkan ini iaitu berkisar detik sebenar Pilihanraya Umum ke-13..bila tarikhnya?... bersamaan hari apa?... jatuh dibulan berapa?...

Ramalan disini..kuat mengatakan ianya berlaku selepas Tahun Baru Cina pada tahun 2013... Ianya berlandaskan satu hujah bahawa faktor terbesar ialah "Kes Skandal Scorpene" yang membelit Perdana Menteri Najib Razak.
 Walaupun pelbagai isu yang ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat seperti "Lembu NFC"... Hutang PTPTN atau Pendidikan Percuma malah Ibu segala Demonstrasi iaitu BERSIH 3.0 yang menuntut pembersihan sistem Pilihanraya di negara ini... isu-isu itu masih belum menjadi penanda aras bila Parlimen nak dibubarkan...

Masa semakin berjalan..masa semakin suntuk... panggilan ke mahkamah Perancis semakin hari semakin sayang bermain ditelinga Najib... pelbagai dendangan... pelbagai bunyi-bunyian... malah bau busuk bangkai badak sudah tidak dapat lagi ditutup dengan hanya menggunakan akhbar lama Utusan Malaysia-Berita Harian, baunya kini dari Perancis - Monggolia - Kemboja - Hong Kong dan kini singgah di bumi Kepulauan Mediterranean Malta.

Walaupun pihak Suaram mengatakan bahawa imuniti Najib sebagai PM Malaysia tidak menghalang utk dibicarakan di mahkamah Perancis... namun begitu dengan segala kudrat kasa yg masih berbaki sebagai PM... memungkinkan atas dasar hormat sebagai seorang Perdana Menteri sesebuah negara... boleh menangguhkan seketika sebuah babak yang tidak ingin dilihat oleh rakyat Malaysia dimana Perdana Menteri yang masih berjawatan itu... diheret masuk ke mahkamah Perancis... kalau dia seorang Ketua Pembangkang... orang tak heran sangat... al-maklumlah..berpuluh kali dh tengok Ketua Pembangkang naik turun tangga mahkamah...

Atas alasan inilah yang telah melambatkan tarikh sebenar pembubaran Parlimen... mahu tidaknya... dibuatnya Parlimen baru saja pagi tadi bubar... sampai terus surat spina ke mahkamah Perancis ketika Najib baru nk minum petang...

Itu kira ok lagi tue..dibuatnya Najib baru sahaja selesai menyerahkan borang pencalonan utk bertanding mempertahankan Parlimen Pekan dan SPR pon dh gezetkan Najib sekali lagi beraksi dipentas PRU..datang pula 2 3 org pegawai Interpool serah telegram spina..haaa... kan dah haru... itu nasib baik la telegram spina... dibuatnya waran tangkap... mak aii... mana mak nak letak muka nak oiiii...

Jika skrip ciptaan ini benar-benar berlaku... ini bukan sekadar berlegar tentang maruah diri dan keluarga yang bersifat peribadi..tetapi ini bakal memperjudikan nasib ramai pemimpin korup didalam parti politik tutttttttt...
 Segala usaha utk sekurang-kurangnya tetap utk memperolehi majoriti mudah didalam Parlimen buat sekali lagi akan hancur lebur dek liabiliti yg tercipta disisi Najib dan Kapal Selamnya...

Walaupun pada bulan Sept 2012 Najib mengumumkan Belanjawan Paling Best untuk rakyat dan duit Bantuan Rakyat 1Malaysia pusing kedua bertukar tangan dari pegawai bank dan rakyat..semuanya sudah tidak berguna lagi...

Mahathir sudah pasti melihat perkara ini sebagai suatu yang serius buat kelangsungan hayat politik UMNO-BN malah kebergantungan legasi beliau turut sama bergayut didahan yang sama..Empayar yang dibina selama 22 tahun sudah pasti beliau tidak mudah utk melihat mahligai itu seperti pelamin anganku musnah dek kerana keterlanjuran seorang Menteri Pertahanan didalam skandal kapal selam..apatahlagi kini menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Mahathir sudah masak utk berhadapa disaat-saat kritikal didalam politk beliau..lihat saja ketika ditendang keluar dari UMNO dizaman Tunku... kemudian meloloskan diri mencelah masuk kembali ke dalam UMNO bagaikan mat rempit terkini di era Tun Hussein Onn... kemuncaknya pula mencapai kekuasaan sebagai Presiden UMNO malah terus menjawat jawatan Perdana Menteri..namun langit tidak sentiasa cerah.lihat sahaja bagaimana Mahathir meredah arus tujahan hujan lebat amukan Ku Li yang telah mencabar jawatan Presiden UMNO yang mana akhirnya Mahathir berjaya dengan hayat senipis bawang...

Mahathir sudah melakukan satu langkah drastik selamatkan UMNO-BN malah turut juga membuatkan para pemimpin korup didalam parti tuttttt... melurut dada... selamat... mengorbankan jawatan Presiden UMNO dan seterusnya Perdana Menteri Malaysia terlama dgn langkah yang beliau banggakan iaitu BERSARA setelah menerima amukan gerakan Reformasi Rakyat yg dicetuskan oleh bekas Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri...

Kini adakah kelicikan Mahathir yang begitu panjang usianya melakukan satu lagi langkah drastik yan tidak pernah diduga..?

Musuh politik Mahathir mengakui bahawa beliau masih lagi ada power utk menekan Najib.

Adakah kita akan melihat Najib akan meletakkan jawatan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 kerana tekanan Mahathir?

Pak Lah pun sanggup ditekannya walaupun beliau tahu risikonya dan ianya telah dijelamakan buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia Perikata a.k.a Barisan Nasional gagal mencapai 2/3 kerusi Parlimen.

Untuk itu..amat mudahlah utk Mahathir utk memastikan sekurang-kurangnya majoriti mudah boleh dicapai oleh BN sekali lagi dengan mengorbankan seekor kambing hitam untuk tenggelam bersama kapal selamanya...

Sudah tentu Mahathir akan mempersetakan apa yang akan berlaku di mahkamah Perancis... ada dia kesah... bukan anak dia yang terlibat dengan jual beli kapal selam... bukan anak dia yang makan malam bersama Altantunya... bukan anak dia yang bersumpah di dalam masjid tak kenal Altantunya...

Jika Najib benar-benar meletak jawatan sebelum PRU 13... ianya betul-betul... benar-benar... satu langkah drastik... langkah berani mati... terjunan Kamikaze...

Jika benar Najib say bye-bye kepada PRU13... musuh politik Mahathir mesti tabik springgg..mesti salut... mesti angkat topi... dengan kelicikan politikus sepertinya...

Sudah pasti...Mahathir akan mencatatkan satu lagi sejarah Malaysia... MAHARAJA POLITIKUS TERLICIK..."
/~TKO


Nizar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.